Friday, August 13, 2010

Ramadhan Mubarak,jom cek puasa kita!

kalau uzur syarie takpe~
salam ramadhan kepada semua blogger dan reader.(maaf lambat ucap,NEY baru dapat online)

bulan Ramadhan,bulan mulia dan yang paling penting? bulan kita. macam mana keadaan puasa yang dah masuk hari ke 3 ni? terbaik lah harapnya.


Menurut Imam al-Ghazali :

ada 3 tingkatan puasa:

1)puasa umum
-jenis puasa yang paling rendah. puasa hanya sekadar tahan makan,minum dan jima'.

2)puasa khusus
-tinggi sikit dari puasa umum. yang ni tambah lagi,selain dari tahan makan,minum dan jima',kena juga pelihara seluruh anggota badan dari berbuat dosa.mata: tak tengok yang macam2, telinga: tak dengar lagu2 laghah, mulut: tak bercakapa perkara yang sia2 ,kaki: tak pergi ke tempat2 maksiat and macam2 lagilah.

3) puasa khususul khusus
-ni darjat yang paling tinggi. level ni adalah puasa para nabi,sahabat dan muqarrabin. mereka mampu nak puasakan hati daripada fikir perkara dunia.


so kita kat level yang mana? harap2 semua dalam level 2 la kan (^_^) rugilah kalau puasa,yang dapat hanya lapar dan dahaga. 

lagi satu, NEY nak cakap, BUlan Ramadhan ni datang setahun sekali je. amatlah sayang kalau kita sia2kan bulan ni. takpelah berpura2 baik untuk sebulan ni. bukan lah berpura2 untuk jadi munafik tu,aisssh, tapi berpura dalam erti kata bersungguh jadi baik untuk sebulan ni. sebab Ramadhan adalah bulan tarbiyah= belajar.

'rugilah orang yang keluar dari bulan ramadhan,tapi masih sama,means takda perubahan lansung' nak tunggu bila lagi nak buat perubahan ke arah kebaikan? bila dah tua nanti ke? sesaat lepas ni pun tak jamin kita masih hidup,lagi mau cakap pasal tua kan.

oppps,lupa. lagi satu, kalau belanja orang buka puasa,kita akan dapat pahala sama banyak dengan orang tu kan,so apa lagi,meh belanja NEY bukak pose(*_*)

shhhh: ingat,bulan ramadhan ni bukan pahala je berganda,tapi kalau kita buat dosa pun, berganda juga dosa tu. renung2kanlah dan selamat beramal~

Wednesday, August 4, 2010

jadilah 7 golongan ini

nanti masa di padang mahsyar, suasana dia macam mana ea? ada yang kata matahari sejengkal dari atas kepala. and air yang hanyir lagi busuk campur dengan nanah and macam2 paras hidung. betul ke? hanya Allah saja yang tahu.

tapi NEY pernah dengar satu cermah ni,tentang orang2 yang akan dapat perlindungan di padang mahsyar. mahu? jom jadi golongan2 ini:

1. Pemimpin yang adil
-susah kan nak jadi pemimpin yang adil. bukan setakat pemimpin negara,kita nak pimpin diri sendiri pun kadang2 tersasar dari landasan.
2. Remaja yang memenuhi masa mudanya dengan beribadat kepada ALLAH
-remaja hanya sekali,so lets enjoy!! hmmm,remaja ni senang leka,sebab mereka fikir banyak lagi masa nak bertaubat. tapi kalau mati kejap lagi macam mana?

3. Lelaki yang hatinya bertaut kepada masjid
-suka tengok lelaki yang selalu berjemaah kat surau. stok2 calon suami.

4. Dua orang yang saling cinta mencintai kerana ALLAH; mereka bertemu kerana ALLAH dan berpisah juga kerana ALLAH
-ni kira macam dalam berkawan ke,or ustaz tu bagi contoh macam kita pergi dengan ceramah dekat surau/masjid,niat kita semata2 kerana Allah,nak tambahkan ilmu,nak apply dalam diri.

5. Lelaki yang digoda(untuk melakukan maksiat) oleh seorang wanita jelita, lalu dia berkata: “Sesungguhnya aku takut kepada ALLAH.”
-mampukah kamu wahai kaum adam??
6. Orang yang bersedekah hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekah oleh tangan kanannya
-sedekah kena selalu walaupun seposen je ari2 masuk tabung masjid. sedekah adalah punca kekayaan. tak percaya?

7. Orang yang berzikir kepada ALLAH di tempat sunyi hingga mengalir air matanya
-perasaan gerun bila sebut nama Allah tu memang susah nak dapat kalau kita tak betul2 cari. jadi,selalu2 lah bersihkan hati.kalau tak naty hati mati. betul tak(^_^)

shhh: aish,mengalahkan budak medic je cik NEY ni sampai tak sempat nak update blog...sooooorrrryyyy~