Monday, June 13, 2016

FAQ sambung belajar luar negara

Assalamualaikum and Hello dunia!

Disebabkan ahkak ni jarang update/jenguk blog, jadi banyak komen yang terlepas pandang untuk post belajar luar negara ni. Plus, ahkak tak tahu macam mana nak direct reply lagi2 kalau komen dari anons. Jadi ahkak buat FAQ untuk jawab soalan yang orang selalu tanya dekat ahkak. 

1) macam mana nak sambung belajar peringkat 'undergraduate' di oversea?
- Honestly, ahkak tak tahu. Ahkak sambung postgraduate. Terus apply dekat website universiti kesukaan hati. Kalau undergraduate, dia guna sistem UCAS (please jangan tanya ahkak ape kebende UCAS ni). Nak lebih mudah, hire agent. Boleh cari dalam website MABECS ni. 

2) nak apply universiti kena bayar fee?
- Tak semua universiti kenakan application fee. Selalunye, top universiti ada kenakan fee. Eg: UCL, Oxford, Cambridge, MIT (uni yang ahkak mention ni berdasarkan masa tahun 2014, waktu ahkak sibuk mencari universiti. Barangkali, sekarang dah takda fee, ataupun sekarang makin banyak uni yang charge application fee?). Jadi kalau awak-awak ada rezeki lebih, boleh la bayar fee ni. Tapi kalau awak sedang berjimat, apply sajelah uni yang tidak kenakan fee. 

3) wajib ke ambil IELTS?
- It depends on universiti. Masa nak apply uni memula, memang akan ada section "english proficiency". Jadi adik2 budiman boleh la letak segala sijil2 English yang ada. Selalunye orang Malaysia ni ada GCE-O je masa SPM tu. MUET diterima atau tak? ahkak tak tahu, tapi takpe, hantar aje dik. Kite tengok apa uni reply. So, selalunye ade 3 jawapan bile apply uni: i) sorry not sorry, awak tak layak. ii) yes, awak layak, boleh apply visa terus (unconditional offer letter). iii) yes, awak layak. tapi........(conditional offer letter). Haa, masa ni la dia akan bagitahu, kena buat IELTS/other English exams ke tidak. Tapi, anda boleh cuba nasib lagi, buat surat nak mintak tak payah ambik IELTS. surat sokongan lecturer ke cakap English korang tahap dewa. and ahkak ucapkan, Good Luck!  

4) saya tak pandai English, boleh ke nak belajar oversea?
- Hendak seribu daya dik! Ahkak punya English pon tak bagus mana. Masa kat Malaysia, 1x je penah cakap/borak full in English : interview SPA. Ahkak boleh present in English quite well, tapi untuk conversation, gagap dik. Ahkak tak nak menipu, jujurnye, it's totally hard at the beginning (at least for me). Tak faham lectures, tak boleh nak join mengumpat dengan classmates (haha, ni tak penting!), writing style tak sama, word choice yang okay untuk guna kat Malaysia jadi tak okay guna dekat UK, and the list goes on. Tapi believe me, you will get better in no time. 
Belanja gambar masa family datang melawat hari tu


To sum up, challenge yourself to be independent outside your home country. Yes, sistem pendidikan dekat Malaysia setaraf dengan negara2 luar, tapi some good values yang ahkak tak pernah jumpa dekat Malaysia, ada dekat sini, yang mana majority penduduk dia adalah non-Muslim. So, See you soon! Halt.   

Thursday, February 18, 2016

Ke Manchester ke kita? Part II

So, mari sambung perjalanan cerita perjalanan I untuk belajar kat Manchester ni. while Part I dulu banyak cerita pasal apply universities and scholarships, Part II ni bakal cerita setiap step yang I buat dari mula dapat offer letter sampai la berjaya menjejak kaki ke Manchester. 

April 2015
Sebab nak dapatkan unconditional offer letter, maka I kene ambik IELTS test. Fee: RM650 (bayar sendiri, scholarship tak cover) 2 minggu full dedicated untuk study IELTS ni. I memang takda duit lebih (sebab masa ni tengah menabung nak kahwin raya nanti) untuk daftar kelas latihan IELTS, jadi I buat practice sendiri. Cari buku2 latihan online, bukak youtube cari tips speaking, sample speaking tests, sample listening tests. Then pergi exam dekat IDP KL. ada orang beriye survey untuk pilih buat IELTS dekat british council or IDP. I seriously don't know which one is better. I daftar manual (hantar borang) dekat BC, tp I bayar online ke IDP. sebab tak tahu rupenye dorang ni dari syarikat berbeza. Lame shahieda!. Jadi amek jela dekat IDP. 


May 2015
Result IELTS keluar. Alhamdulillah, pass requirement yang UoM nak. So nak hantar result tu ke UoM. Tapi I takda certificate IELTS tu sebab tak dapat pergi KL untuk ambik result. It may be just my case, but IDP handled my result script in a bad manner. But I can say that I'm partly wrong too. Ceritanya, I tak boleh amek result tu by hand, so I posted dekat dorang sampul pos laju so dorang akan hantar result tu ke rumah. I posted guna pos biasa, so tak boleh track. after like 3 working days, call dorang tanya dah terima tak my sampul. dorang kata dah. dorang dah pos balik dah. tapi bila i nak track my pos laju, takda dalam rekod. few days later, masih tak dapat. call balik IDP, dorang tanya nama siapa, after I jawab, without a pause, dorang confidently said "dah pos dah, kalau tak boleh track, pos laju yang salah." I call pos laju, give my tracking number (luckily I salin tracking number sampul pos laju yang I send kat dorang tu), pos laju kata no tu tak pernah masuk lagi dalam sistem. what the heck? So, I call IDP balik, bagitahu yang pos laju tak terima sampul tu, baru lah nak menggagau tanya nama penuh, no IC semua. then tak lama kemudian, dorang call balik bagitahu baru jumpa sampul I and dorang akan pos esok pagi. See.... selama ni I call, dengan confident cakap dah hantar. Jenuh taw. nak dapat result tu ambik masa dalam 2.5 minggu. Kesimpulannya, kalau tak nak mende ni jadi, masa nak pergi test tu, bawak siap2 sampul pos laju untuk nagi kat dorang. Sampai je result dekat rumah, sent ke UoM. and as usual, UoM provide me the unconditional offer letter within a day! Look how fast they were. 

June 2015
Pergi renew passport sebab UoM dah mintak copy of passport untuk keluarkan CAS. Nak senang, make sure passport is valid sepanjang waktu kita kat oversea nanti. Bayar RM200, dapat 5 tahun validity of passport. Pergi buat medical check-up untuk medical form requirement from Commonwealth scholarship (CSC). Then, hantar copy of passport ke UoM, hantar medical form & unconditional offer letter ke CSC. CSC bagi notification of award. Still, confirmation of award tak dapat lagi. Jadi masa ni yakin tak yakin dapat pergi belajar kat oversea. 

July 2015
Alhamdulillah, dapat email confirmation of award masa malam raya. So, rasa dah confirm insyaAllah boleh pergi Manchester unless visa tak lepas. So, dalam bulan raya ni lah baru nak sibuk buat preparation. Pergi buat TB test masa hari raye ke 5 di LifeCare Medical Centre Bangsar. Fee: RM 220. next, cari rumah sewa dekat manchester through iklan dalam facebook. Tips nak cari rumah: join group student oversea macam pascasiswazah mara ke, selalunye seniors2 akan bukak iklan rumah/bilik sewa. pergi pm dorang, tanya elok2, insyaAllah dorang ni lebih dari sudi untuk membantu. Alhamdulillah, survey cari rumah yang dekat dengan uni, message sorang ni, terus dapat rumah. Rezeki Allah permudahkan. 

August 2015
Baru dapat CAS letter dari UoM. Bulan ni rasa nazak sangat. sebab? masa dah suntuk nak uruskan visa. lagi satu, I kahwin bulan ni (15/8/15)! Apply visa sendiri, yang tak tahu nak isi, tanya pihak Visa UoM, then hantar, buat appointment dengan vfsglobal di Wisma MCA, KL untuk hantar documents (13/8/15), balik tu sempat singgah petaling street beli baby breath untuk buat hantaran oppss. Tawakkaltu 'alaAllah jelah, rasa dah bagi dah semua documents yang dia nak kan, harap2 lepas. Honestly, I don't know how much does it cost for visa and IHS (health insurance) sebab I apply on UK Gov Sponsor visa type, so its totally free :). End of August, dapat email dah boleh amek visa. 

September 2015
Pergi ambik visa 2/9. Cadang nak fly 18/9 sebab 21/9 dah start orientation. Seriously, deal dengan CSC mudah sangat. I just email them my request form to travel, bagi detail nak sampai UK bila, then, their agent terus email I balik on the same day with booking information, setuju ke tak dengan apa yang dorang pilih. and they booked me Emirates flight. sape tak mahu kan. I pon setuju aje. tak fikir panjang, walaupun kena travel sorang-sorang. sob sob. Finally, I made it to UK on 18. Hello Manchester!


kalau nak diikotkan, my journey to UK ni tak payah sangat, sepayah kawan2 lain yang pergi sini dengan biasiswa malaysia (JPA/UITM/etc). Sebab? 
1. I tak payah pergi BTN. 
2. I takde documents melambak2 yang nak kena pergi sahkan kat kementerian la, kat putrajaya la semua tu.
3. I dapat duit pound terus dalam cash card yang CSC bagi, tak perlu fikir kena tukar duit. 

Alhamdulillah. Itu semua rezeki. Perjalanan I ke UK ni alhamdulillah senang, tapi I face a tough time here (sebab I divert my course, so I have to learn most of the things from scratch). So, rezeki masing2 kan. yang penting, bila dah buat keputusan nak belajar jauh2 ni, tekadkan hati. and bersedia untuk susah. Friendly reminder, studying abroad is hard, but it is not impossible to excel. 

Jom lah ramai-ramai pakat belajar abroad. Sebab ini peluang terbaik untuk cabar diri keluar dari your comfort zone di Malaysia tu. Halt.


Saturday, January 9, 2016

Ke Manchester ke kita? Part I

Ramai orang email mintak softcopy IELTS books. Alhamdulillah, ramai ada cita-cita nak belajar kat negara orang. Moga urusan kamu kamu dipermudah. Aamiin.

Ada jugak yang tanya sama ada I dah belajar kat overseas ke? Mari lah I nak cerita dari A to Z macam mana boleh tersampai dekat sini.

February-March 2014
Mara keluar iklan biasiswa pascasiswazah. I did applied. Masa tu belum habis belajar, offer letter dari University pun masih belum dapat. Tapi apply jelah kan. Result keluar, kena ambik psychometric test. Masa tarikh test tu, I kat mekah tengah buat umrah. Alamak macam mana ni?? So, I suruh orang lain tolong jawabkan. hehehe. Then, pergi interview. Honestly, I didn't perform during the interview session. Baru baik dari demam, suara pon macam laki, masa interview tahan batuk kalau tak kang semua geli pulak dengar bunyi kahak tu huhuhu. Interview Mara tahun tu in group. Kena berdebat (topic:taraf pendidikan di Malaysia, setaraf tak dengan oversea?), kena main dengan straw and bola pingpong. Cipta satu barang macam mana nak bagi bila bola pingpong tu jatuh, dia tak melantun balik and lastly kena promote design kita tu konon-konon nak suruh orang beli. Best lah jugak interview Mara ni sebab macam santai je process dia. 
iklan biasiswa dua tahun lepas

May-June 2014
Result Mara keluar. tak ada rezeki. Buat rayuan, tak ada rezeki jugak. Masa ni dah ade offer letter dari University of Manchester (UoM). Tajuk FYP I pasal perbezaan struktur otak orang yang hafal Quran dengan orang biasa. Jadi masa tu tengah membuak2 perasaan nak buat master in Neuroimaging. Bila tak dapat, kecewa gilaa (sebab masa ni ramai kawan-kawan yang dapat). Tapi takpa, kita cuba lagi.

July 2014
Permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agung dan Biasiswa Program Pelajar Cemerlang JPA bukak. I applied for both. biasiswa agung officer ada call, mintak proposal study. I applied master by coursework, mana ada buat research. If ada dissertation pon, tu nanti sem 2 baru buat. Tapi mungkin orang yang hebat and layak untuk biasiswa agung ni dah siapkan proposal awal2, so I tak cukup kelayakan nak dapat biasiswa tu. Redha sebab tahu peluang tipis, satu Malaysia dia taja 10 orang je rasanya. JPA? langsung haramm. Pelik jugak, orang kata sapa dapat result bagus2, JPA akan terus email nak sambung tajaan buat master. I got nothing. So, merajuk ahh dengan JPA.

October 2014
Applied for TPM UiTM tu. TPM ni macam program nak cari pensyarah baru, then nanti university tu akan hantar sambung belajar either local or overseas. Result keluar, masih belum sampai rezeki nak sambung belajar.

November-December 2014
Isi borang Chavening scholarship and Commonwealth scholarship. Both from UK government yang nak support Malaysian belajar dekat UK. Chavening ni taraf die macam biasiswa agung. and they look for a potential leader. Nak apply Chavening? sila berwawasan tinggi dan bercita2 sekiranya aku ganti Najib kelak, aku akan........ (isi sendiri). Jadi, sebab diri ini kurang berwawasan untuk menjadi leader, I can't even finish that essay. Tak tahu nak goreng ape. Jadi harapan yang tinggal, Commonwealth! Isi, tak siap-siap sampai lah esok nak due date, baru siap essays tu (nanti I buat post pasal Commonwealth scholarship ni). Ohh ya, hujung tahun 2014 ni jugak my bakal husband datang merisik. Takde tunang, terus tetapkan date:  bulan ogos kite dah nak kahwin. aaww!

Boleh selalu cek website ni untuk tengok apa scholarship yang tengah open.  http://www.chevening.org/apply

Rajin rajin usha website ni, cari sholarship. http://cscuk.dfid.gov.uk/apply/



20 March 2015
Result Commonwealth keluar. Jeng jeng jeng. I provisionally selected for the awards!!!!! Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. Tapi dia cakap provisionally je. maksudnya, tak tentu dapat. So nak melayakkan untuk confirmation of award, I kena secure unconditional offer from UoM. I dah dapat conditional offer, so kena amek IELTS baru dapat unconditional offer. Terus pergi daftar IELTS. The earliest date was in 3 weeks time. UoM nak band 7 for overall and writing wajib band 7. Kita pulun lah study, sebab takda duit nak repeat kan. Fighting!

to be continued..... halt.

Thursday, October 22, 2015

IELTS: cara mudah untuk dapat band 7

Assalamualaikum duniaa.

for those who have applied to study overseas, you might have encountered this requirement; to show your level of English proficiency, take IELTS and achieve certain band. Majority of the universities will accept 6.5 and some might be higher/lower, depending on your chosen course. Like my application for Manchester, they need overall score of 7.0 and at least 7.0 in writing test. oh hoo, nowadays, IELTS is required even to pursue in local Malaysia universities. So, get ready people, the fee is SOOOOO pricey(RM 650), so I don't think you want to take it twice aren't you?

Component of IELTS
basically, everybody knows that it is composed of 4 sections. Speaking, Listening, Reading and Writing. Speaking test could be on the same day with the other 3 tests, or maybe 1-3 days before.

Remarks: test listening, speaking and writing dibuat secara berterusan. tiada masa rehat in between the section. Masa sebelum test, aku ingat dia akan bagi 3 papers terus, rupanya sangkaan aku meleset jauh. Mula dengan listening. habis dengar recording + masa tambahan 10 minit untuk transfer jawapan ke answer sheet, dia kutip balik. next, edar paper reading. 1 jam untuk Reading test dan tiada masa untuk transfer jawapan. cara selamat, jawab dan terus tulis pada kertas jawapan, sebab masa dia kutip balik kertas, tiada kompromi lansung untuk orang yang baru terhegeh-hegeh salin jawapan kat answer sheet. last section, writing, 1 jam, lepastu MERDEKA!!!

SPEAKING tips.
For speaking, it will be held 1-to-1 with the assessor. lucky you to have foreigner, since people said they are quite generous with the marks? the topic that will be asked are all predictable. you can stream YouTube, and search for speaking test IELTS tips by Emma. she listed out all the topics that usually been asked. Plus, if you have more time, try to practise all the speaking questions in the IELTS practice books (7-9). you will be surprised since later during the exam, you gonna get the same question. 100%.

Remarks: aku dapat Indian, Malaysian. Macam takut. Muka kerek. jawab sikit die smirk. psycho habis. tapi, buat cool buat rilex, jawab aje semua soalan. First, kena confidence lebih sikit. Don't worry about accent. cuma pastikan pronunciation kena tepat. cakap biar jelas. tak perlu cakap laju-laju pun. kurangkan "mmmm.....". tiada right/wrong answer bagi semua soalan yang dia tanya. so, chin up and speak.

READING tips.
The passages are just too long. you have 3 passages, and the last passage will be super hard (people said). Many suggest to look for the questions straight away, and find the answer later. you don't have to read and understand everything in the passage. practise skimming and scanning. and once you answer, please transfer the answers instantly, otherwise you might be panicked and forget to do so. 

Remarks: Selama aku buat latihan, aku akan baca whole passage, then baru tengok soalan. tapi pada hari kejadian, aku ubah strategy, sebab 1st passage aku tu tak menarik, pasal history. so aku bace soalan, aku bace passage cari jawapan, baca solan seterusnya sampai abes. alhamdulillah, passage no 3 tu berkaitan memory and neuroimaging, tajuk fyp aku dulu. jadi smooth aje process nak jawab sebab memang faham passage tu. Maka, banyak2 berdoa, moga dapat passage yang senang. 

WRITING tips.
keys to get a high mark: answer the question, meet the word limit requirement, NO grammatical error. For Task 1, get familiar with all types of questions. it could be comparing bars/graph/charts or explaining the process. Practise/ read the sample answer for each type. Do the same thing for Task 2. If you have limited vocabulary, just trying to write a grammar-error free assay. and please divide your time wisely. Task 2 carries higher mark, so make sure you have a plenty of time to write 250 words. Don't even think to write less, or else Au revoir band 7. 

Remarks: Kalau baca sample answer untuk band 6/7, tak adelah ayat die bombastik kebabom. tapi memang sangat sikit grammatical error. aku vocabulary kelaut. jadi, harap tak buat kesalahan tatabahasa. kalau payah sangat, hafal je contoh essay. Study setiap jenis soalan yang dia akan tanya, then baca sample answer, hafal macam mana nak buat introduction. selalunya, setiap perenggan isi tu kene ade 1 ayat untuk pengenalan isi, 1 ayat untuk explain isi, 1 ayat untuk bagi contoh, and 1 ayat untuk simple conclusion isi tu. itu cara saya, rakyat marhaen yang English baru nak up.

LISTENING tips.
Remarks:Yang ni memang tak ada cara lain, prektis ajelah banyak2. aku buat latihan listening hari2. kalau nk dapat band 7, boleh salah 9 je. Dari mula2 xdapat lansung ape yang dorang cakap especially kalau accent Australia, Scotland, lama-lama dah boleh adapt. Familiarkan telinga anda dengan accent2 mereka. Test ni sangat laju. takda ulangan recording. kalau tertinggal, terus pergi soalan lain. untuk section yang isi2 form tu, dengar betul2 normbor, nama tempat. selalu jawapan bagi tempat kosong tu, speaker tu akan cakap tekankan sikit suara dia. part yang selalu orang tak boleh nak catch up, part 3&4. Sebab die cakap sorang, seolah2 tengah bagi lecture. jadi kena bagi full attention sebab non-stop dia cakap. yang ni cari recording dia dekat You tube. soalan semua ada dalam buku. 
buku latihan ielts akak. akak download je, nak beli malas. mahal.

Baca semua tips dalam ni. membantu sungguh

after all, pokok pangkalnya, PRACTICE. semua orang boleh. pergi exam tu, target siap2, 'aku tak nak lagi bagi duit kat orang putih ni untuk ambik exam lagi sekali.'. InsyaAllah, semua dipermudahkan. 

aku ekstreme sikit. kalau aku tak dapat band 7, maksudnye Allah nak kate aku tak layak nak pergi study oversea. Alhamdulillah, He said YES!
Jangan percaya pada gambar, mungkin rezeki akak terlebih sikit waktu ni. Alhamdulillah
Siapa nak softcopy buku-buku ni, email shahieda.ney@gmail.com. Jangan lupa letak subject: Nak dapat band 7 kak!. Moga-moga membantu. Halt.