Thursday, July 21, 2011

jangan jadi manusia yang suka menghukum

salam satu ummah. sekarang, sibuk orang nak banned cerita Tahajjud Cinta. okay okay, tak nak cerita pasal tu. NEY nak cakap pasal tabiat SUKA MENGHUKUM DAN MELABEL orang ni.

statement 1:

''pelakon TV tu semua munafiq. mereka golongan munafiq yang jelas.''

-wow, siapa kita nak label orang tu munafiq? apa kita boleh jamin yang kita ni baek sangat. kita ni tak munafiq? bukti? kan dah Allah kata, siapa yang buat dosa, lalu bertaubat, maka Alah akan ampunkan dosa mereka. pintu taubat tu terbentang luas sampai la hari kita mati atau hari Qiamat.Allah yang pegang hati manusia la bro. kalau dia nak balikkan, sekelip mata jela. dan tak mustahil, mereka akan jadi lebih baek dari kita semua. doakanlah,jangan asyik mencela.

motif letak gambar asyraf? sebab die antara artis yang dah diberi hidayah.

statement 2:

" dia tu tak pakai tudung, takkanlah nak masuk usrah''

-sorry to say, and no offence untuk wanita2 yang betudung labuh, memang ada segelintir yang kononnya 'tak berapa masuk' dengan orang yang tak pakai tudung or pakai tudung kecik ni. selalu rasa yang diri mereka lebih baek. kalau nak ajak orang masuk usrah pon, dorang akan ajak orang yang berpotensi je, and orang yang berpotensi ni, selalunya memang dah baek, or dah ada kefahaman agama. siapa yang nak tolong orang yang tak pakai tudung tu?



banyak lagi contoh2 or pengalaman2 berkaitan hukum menghukum orang ni. one thing that you should know, benda takkan berubah kalau kita sekadar judge orang tanpa satu usaha pon nak tarbiyah or betolkan orang tu.

sshhhhh:  jangan ingat kita ni dah cukup baek untuk masuk syurga sebab kita tak masuk senarai pon orang yang dijamin masuk syurga.banyak lagi usaha perlu dilakukan.sekian.

13 comments:

Fathiah Hamim said...

exactly. fed up dengan orang2 yang suka cakap itu cakap neh. tak boleh ke duk diam2 je. heh

Ana Aishah said...

entri ini bagus bagi sape yang suka skeptical. kalau kita tgk org tu tak solat and tak unsur nak berubah. btter kita doakan dia dpt hidayah. sbb pemberi hidayah itu Allah. Allah yang berhak menghukum bukan kita.

nice entry dear :)

ney said...

fa: betol,ney da kena macam ni sejak zamn sekolah sampai la ni. pe la dorang ni. cakap kena guna otak la kan..

ney said...

ana aishah: yup, manusia tak lari dari buat kesilapan kan, jadi kenapa perlu sibuk mencari silap orang sedangkan silap sendiri masih tak nampak.=) thank you dear!

mella said...

betol tu, sapelah kita nak menjatuhkan hukum~ ^_^

Syiela O-lala said...

Setuju. Tak faham dgn sesetengah pihak yg suka menghukum tanpa hujah yg bernas.
Tak baik buat judgement yg diri sendiri pun belum tentu betul.

Nur Areefah said...

nice :)
ya, kita sekadar penyeru, bukan penghukum.

pasal cerita tahajjud cinta tu, kalau dari segi bahasa, mgkn sesuai apa yg dikatakan.cuma tak perlu utk mengeluarkan kenyataan di khalayak contohnya di facebook twitter dll..

dan pasal wanita bertudung tu, mmg sepatutnya yang dah berilmu tu share dengan mereka2 yang memerlukan.

latest entry : status gol Chealsea vs Malaysia?

ney said...

mella: hanya ALLAH yg berhak menilai hambaNya. right? =)

ney said...

syiela: masalah org sekrg ni, suka sgt rasa diri mereka baek..sebb tu semua org die nmpak jahat..

ney said...

areefah: ney setuju dengan kamu=)

cinonex coreyan said...

kadng2 diorg ni bertindak sombng dengan ilmu..tapi hakikatnye orang yg mudah menjatuhkn hukum tanpa selidik yg lebih mendalam dan lebih memahami ni org yg cetek ilmu..

kdng2 tak berapa faham segelintir manusia..tahan jugak ade nak buat cerita unsur2 islamiyah..dari pade cerita merepek2 tak tentu hala tu tak nak pulak tegur2 suruh ban cite tu..

tak semua sempurna..pasti ade khilaf di mana2..dan kalau nak menegur ade cara dan etika nye..kepada mereka yg berilmu tu tegur la dgn cara yg baik beri kritikan yg membina supya kesilapn yg lalu tak berlaku lg n buleh diperbaiki..peace :)

cyg said...

nice entry..hensemnye gambar 2..
hee

Tapak Kaki said...

macam kes dak laki tukar jantina tu.. ramai yang dok hukum dia cakap macam-macam.. mungkin orang tak tahan dengar alasan yang si fulan tu bagi..