Thursday, May 14, 2015

Cara-cara Sambung Belajar di Luar Negara

Majority students mesti pernah pasang impian nak sambung study oberseee. Tengok blogs, instagrams, facebook kawan-kawan yang dah sampai sana, rasa macam best je! Eh eh, ni niat nak belajar ke nak jalan-jalan tempat orang? Kill two birds with one stone lahhh cenggitu haa.

PART 1: APPLY UNIVERSITY

Back to the topic, actually to apply sambung belajar dekat luar negara ni simple sangat. Tapi iolz cover application untuk buat postgraduate ya, sebab undergraduate buat kat Malaysia, jadi tak ada pengalaman. Okay let’s start!

1. Cari university & course idaman hati
Ada 2 cara, sama ada nak cari based on university, or based on course. Untuk cara 1: iolz suggest untuk cari university top 100 ranked university in the world. Sebab? Selalunye penaja-penaja biasiswa cenderung untuk bagi t&c mesti top 100 universities. Kalau untuk biasiswa JPA (program pelajar cemerlang) atau biasiswa YDPAgung, dorang letak syarat top 4 universities. Kat sini iolz  nak ingatkan, majority top university ada application fee. So, if you betul-betul nak, siapkan dalam 25 pound atau lebih untuk apply. Okay, dah pilih university, baru cek ada tak offer course yang uolz suka. 

Untuk cara 2: Decide dulu nak sambung dalam course apa, then Google. For example, Nak sambung bidang neuroimaging. Next, type: neuroimaging postgraduate UK. Terus keluar segala macam university yang offer course tu. And from that, baru lah uolz telek satu-satu, university mana yang offer course terbaik, in terms of their facilities, subjects coverage, potential supervisor (untuk master by research) dan macam-macam lagi.

2. Prepare documents
Documents yang kena sedia ada siap-siap, supaya nanti application process uolz berjalan lancar adalah:

-academic transcript. untuk sesiapa yang belum habis final exam, boleh lah apply partial transcript dekat academic affair officer kulliyah/fakulti masing-masing. UIA dulu kene bayar 3hengget nak dapat bende ni. 

-GCEO certificate. Ingat tak masa SPM kita dulu ada 1119 English, ini mungkin boleh jadi prove untuk buktikan your English proficiency, manalah tahu maybe it will make your IELTS requirement to be waived.

-IELTS result. yang ni kalau dah sit for the test siap-siap lagi bagus. Tak wajib ada masa nak apply mula-mula, tapi wajib kene adakan nanti.

-References. Decide siapa nak jadi referee uolz, selalunya lectures, majikan etc. Boleh lah jumpa, mintak izin untuk kita letak nama dia. Some referee akan bagi kita terus referal letter die, some prefer untuk kita bagi email diorang dekat pihak university, then nanti diorang hantar direct kat university. Most university mintak 2. Tapi ada jugak mintak 3. 

-Personal statement. uolz kene buat short essay pasal: kenapa pilih course ni? kenapa pilih university ni?kalau dapat course ni nak buat apa? rancangan masa depan?. tak perlu buat panjang-panjang. be precise and concise. mintak lah kawan-kawan, cikgu ke tolong cek grammar. essay ni seolah-olah nak impress mereka, jadi kalau banyak sangat grammatical error nampak tak cantik lah kan. 

3. Yeay dah boleh Apply!
okay, sekarang boleh lah create account untuk apply university kesukaan. Good Luck!

Experience shahiedaney:

Iolz apply banyak university. Leeds, Manchester, Sheffield, Kings College, Edinburgh, Liverpool, ada lagi sebenarnya, lupa. Try apply US punya top universities, semua kena application fee. REJECT. Apply university dekat Aussie, Queensland mintak fee jugak. REJECT lagi. Apply UCL, Oxford, Cambridge, bila nak submit, kene bayar. REJECT. Nampak tak kedekut & tak ada duit sungguh kan.

Most universities bagi response sangat cepat. For example, Iolz applied epidemiology and biostatistics dekat Leed on Monday, Selasa dia email, mintak referee send reference kat email dia. Rabu Iolz bagi reference. Jumaat dapat offer letter. pantas kan? Sheffield& Manchester bagi neuroimaging offer letter dalam 2 minggu lepas semua documents lengkap. Applied medical physics dekat Kings, die reject, katanya course yang iolz belajar sekarang tidak sesuai. Applied psychology dekat Edinburgh, got the same reply macam Kings. Nampak tak dekat situ iolz sebenarnya tak tahu nak pilih course apa. Meraban-raban course yang iolz applied. 

Actually, iolz dah apply dari tahun lepas. Dapat conditional offer. sebab tak buat IELTS lagi. mintak waive, bagi result GCEO, die tak nak terima. (dah dapat C mana la dia nak pandang). iolz tak nak buat IELTS selagi tak dapat confirm biasiswa, lagipun test tu mahal. RM 630 (tahun lepas. sekarang dah RM650). Intake bulan September. sampai bulan August, masih tak dapat biasiswa, so iolz defer offer tu ke tahun 2015.

Jadi, marilah kita beramai-ramai study oversea, memandangkan pemimpin-pemimpin kita kata:
kalau dah tak suka duduk Malaysia, boleh lah keluar dari Malaysia. ehh ada kaitan? 

Next entrie pasal IELTS pulak ya. Halt. 



24 comments:

noreimah karim said...

hai sis.. actually i nk smbung master sn. tp xtau procedure apa semua. Tp matlamat utama i nk p sn just nk pengalaman br bukan nk bljr pun. nk keja sn waiter pun jadi lah yg penting dpt stay sn dlm 1 atau 2 tahun.. agak2 blh survive x kalo mcm tu

noreimah karim said...

tq for ur info sis. tp sbnrnya sy berminat nk g oversea sbb nk jalan2 nk pengalaman baru. nk keja waiter pun blh tp yh pntg dpt jalan2 sn. kalau blh nk stay sn 2 tahun.. rs2 blh survive x

ney said...

@noriemah karim, emm boleh aje sebenarnye. ramai jugak yang buat mcm tu, belajar sambil kerja. If u boleh urus masa, insyaAllah boleh survive. :)

Tengku Nailah said...

Salam. Saya skrg sdg practical utk last sem (diploma). So niat dihati ni ingatkan nk sambung belajar dekat overseas laaa. Tp kan sy tak tahu nk focus area mane dulu. And apa patut sy buat first? Tq

ney said...

hi +tengku nailah!

so you nak sambung degree oversea ye? actually for the degree, i'm not that familiar since the have certain thing called ucas? ohh sorry sgt tak dapat nak tolong. but if you really meant to study abroad, why dont you hire an agent to settle things out for you. they can apply the university for you :)

Anonymous said...

sekarsng dh belajar kt mana..citer la lagi pasai daftar..ticket n rumah kt sana..camna nk hidup

Nurulsyifaa Abdul Hadi said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Hi, nk tnye mcm mne nk hire agent untuk tolong kite apply uni?

Anonymous said...

Hai. Act saya ada lagi setahun utk habiskan diploma in electrical engineering. So my dad ada suruh saya sambung oversea. Act , saya mmg tak tahu macam mana nak apply sana . sbb takda langsung kenalan or anythg la . so apa apa advice yg you boleh u kasi , kasi la ea . saya dah pening . blurr sudah . huhu

ney said...

@nurulsyifaa , yes awak dah boleh apply dah dari sekarang. Anything nak tanya boleh email kite terus, blog ni jarang sikit tgk plus tataw nak tag nama awk kat komen sy

ney said...

pasal agent tu, boleh try MABECS, IDP or british council ye :)

Siti Aisyah Mahmood said...

Salam, sy nak tanya..if pointer cgpa tak cukup 3.00 tp above 2.5 agak-agak lepas tak nak apply study masters abroad and loan mara? Thank you..

Unknown said...

boleh dptkan email u? sy bru nak apply ke melbourne

wan asmahaliza said...

Hi..saya dh ader sjil british council ,C1 ble pkai x utk apply study abroad..sy nk apply phd ,now tgh buat master

BintangHati said...

Salam :) saya sedang plan untuk sambung master oversea in nutrition, tengah cari scholarship ni huhu. akak amek scholarship ke? boleh ke apply scholarship sambil apply U?

violet Anavella said...

Hai..nak tanya kalu ada problem dgn bahasa inggris susah tak nak survive dekat UK??..sy nak sangat study dekat UK utk master tapi risau sbb agak lemah dlm bahasa ingris..

mocha vs choco said...

Assalamualaikum, nak tanya. Kalau lepasan SPM mcm saya ni nak sambung belajar oversea, apa langkah yg patut saya buat? Ataupun sya kena ambil diploma/asasi dlu kat Malaysia?

anony said...

cara apply university luar Negara. If Malaysia has UPU system, UK has UCAS system. Same concepts. Cumanya dalam UCAS hanya 5 choices university boleh pilih. kena bayar around RM110+ based o currency. Dalam UCAS ada semua university seluruh UK & requirement university kena visit university tu sendiri. UCAS hanya shows courses & intake.

Nak apply UCAS, kena buat personal statement. Personal statement tu lebih kurang CV/Resume bentuk esei. UCAS ada sistem untuk detect plagiarism, jangan copy esei from internet. Usually, kolej persediaan akan bantu pelajar nak apply UCAS macam mana, step by step. Jika anda student private, boleh minta guide dari agen seperti MABECS.

UCAS akan keluarkan conditional offer jika anda meet their requirement, boleh apply guna forecast result. Conditional offer tu macam university tu dah reserved tempat untuk kita tetapi bersyarat. Bila result exam betul keluar, UCAS akan keluarkan unconditional offer kalau anda meet all of their requirement. For Master (yang still seeking for sponsorship) & private student, once dah dapat unconditional offer dari university terus apply sponsor. Most of the sponsorship perlukan unconditional offer dari uni untuk proceed your application. Untuk dateline sponsorship boleh visit afterschool.my

After dah dapat sponsorship, sekarang apply Visa. Untuk Visa, MABECS akan bantu korang cara nak apply. Fees for Visa is around RM1500, kalau nak siap within a week bayaran tambahan sebanyak RM300 – RM600. Lepas visa dah approved, dah boleh prepare barang nak pergi oversea & stuff. Happy flying!

Ilmi haikal said...

Hi, I have a question to you mainly related to this...kalo sambung undergraduate kat overseas camne ye? Coz I have always dreamed about it...tq

Anonymous said...

Kalau apply kat usa, ada fee. Fee utk apply or ape ni? Kurg paham

ikhwan mazlan said...

Salam.

So, once dah apply university, kite boleh differ brape lame sampai dapat offer scholarship? Boleh email saya di ikh_one86@yahoo.com

Anonymous said...

Hi! Saya pelajar stpm n mmg niat nak belajar di luar negara.. maybe australia is my next stop kalau ada rezeki.. kita memang boleh apply secara online sahaja ke? Apply dkt web university tu? Saya nak apply law, so law di aus bleh juga bawa kerja di ms ke? n maybe kalau sis ada step yg lagi best.. saya juga nak tahu maybe course yg byk peluang kerja? mind share.. tq! Pls reply... shoujonazura@yahoo.com

Fadzil Hanafi said...

salam, saya lepasan diploma pendidikan awal kanak kanak. saya teringin nak belajar luar negara nak sambung degree. rasanya ada peluang tak diluar negara dlm kos ini? n macam mana nak apply?

mohd faizal kambah said...

Mcm mna klw spm kita...5A and below...than kita nak mohon biasiswa utk smbung bljr Kat oversea...