Monday, May 23, 2011

my x5: dalam kenangan

hyep! you all pernah tengok phone ni?

NEY pernah ade phone ni. but mine was pink in color. 

mane pergi phone tu sekarang? dalam lubang jamban library uia. LUBANG JAMBAN ye readers sekalian.tapi maybe dah drag away masuk ke tangki kot. kalau cakap kat orang,semua kata tula pergi tandas pon bawak phone. but bukan NEY sengaja bawak, kata orang, benda dah nak jadi..

ouh, enset ni orang bagi. pakai dalam 3 month, then jatuh. sayang kan... nak beli, NEY da round satu kuantan, kedai2 dah tak jual model ni..kata my mum, Allah ambil enset ni, sebab nak bagi yang lebih baek. and disebabkan mase tu minggu exam ( could you imagine how distracted NEY masa tu ), NEY kata dalam hati, takpe,mungkin Allah nak bagi NEY result yang ok exam nanti. nak redhakan hati


kenagan tinggal kenangan...


shhh: enchek Nizam, maaf jatuhkan enset kamu..

Friday, May 20, 2011

mari cari pahala sunat 2 : baca Al-kahfi di hari jumaat

aassalamualaikum.  bertemu kembali dalam siri mari cari pahala sunat. (MCPS) . hari ini hari jumaat. kalau nak diikutkan, banyak sangat benda sunat nak kejar hari ni. tapi kita go slow slow la kan. yang penting, istiqamah. 

malam tadi malam jumaat. korang buat apa? baca yasiin? baguiiih, anak sapo la ie. walaupun ada sesetengah fahaman kata bida'ah baca yasiin malam jumaat, tapi kita kena ingat.. papehal pon, semua bermula dengan ? NIAT. kalau niat nak beribadah, dapat pahala. kalau dah jadi adat/budaya baca yasin malam jumaat dapat apa? pikirla sendiri.

yang pasti, baca al-quran memang dapat pahala. orang yang dok sibuk kata baca yasiin malam jumaat tu tak boleh, depa dok buat apa? tengok tivi? lagi tak dapat papa. at least, kalao baca yasin, cuba kira bape banyak huruf dalam surah yasin tu kali dengan 10pahala. kan untung kan.

malam jumaat, boleh baca yasiin. boleh baca al-kahfi. bezanya, kalau baca kahfi, anda semua dapat extra pahala sunat.
"Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat,nescaya dia akan dikurniakan cahaya di antara kedua-dua Jumaat berkenaan." (Riwayat Al-Hakim dan Al-BaihaQi)

surah kahfi panjang? alasan- alasan. tak semestinya kita habiskan 1 surah sekali gus. kita boleh potong2. start baca dari malam jumaat, and try habiskan sebelom asar hari jumaat tu. kalao tak habis jugak? almaklumlah, kita kan busy sentiasa. just ingat, Allah tengok usaha, bukan hasil. =) 


shhhh: amalkan surah kahfi, bagus untuk elak fitnah dajjal.