Saturday, January 9, 2016

Ke Manchester ke kita? Part I

Ramai orang email mintak softcopy IELTS books. Alhamdulillah, ramai ada cita-cita nak belajar kat negara orang. Moga urusan kamu kamu dipermudah. Aamiin.

Ada jugak yang tanya sama ada I dah belajar kat overseas ke? Mari lah I nak cerita dari A to Z macam mana boleh tersampai dekat sini.

February-March 2014
Mara keluar iklan biasiswa pascasiswazah. I did applied. Masa tu belum habis belajar, offer letter dari University pun masih belum dapat. Tapi apply jelah kan. Result keluar, kena ambik psychometric test. Masa tarikh test tu, I kat mekah tengah buat umrah. Alamak macam mana ni?? So, I suruh orang lain tolong jawabkan. hehehe. Then, pergi interview. Honestly, I didn't perform during the interview session. Baru baik dari demam, suara pon macam laki, masa interview tahan batuk kalau tak kang semua geli pulak dengar bunyi kahak tu huhuhu. Interview Mara tahun tu in group. Kena berdebat (topic:taraf pendidikan di Malaysia, setaraf tak dengan oversea?), kena main dengan straw and bola pingpong. Cipta satu barang macam mana nak bagi bila bola pingpong tu jatuh, dia tak melantun balik and lastly kena promote design kita tu konon-konon nak suruh orang beli. Best lah jugak interview Mara ni sebab macam santai je process dia. 
iklan biasiswa dua tahun lepas

May-June 2014
Result Mara keluar. tak ada rezeki. Buat rayuan, tak ada rezeki jugak. Masa ni dah ade offer letter dari University of Manchester (UoM). Tajuk FYP I pasal perbezaan struktur otak orang yang hafal Quran dengan orang biasa. Jadi masa tu tengah membuak2 perasaan nak buat master in Neuroimaging. Bila tak dapat, kecewa gilaa (sebab masa ni ramai kawan-kawan yang dapat). Tapi takpa, kita cuba lagi.

July 2014
Permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agung dan Biasiswa Program Pelajar Cemerlang JPA bukak. I applied for both. biasiswa agung officer ada call, mintak proposal study. I applied master by coursework, mana ada buat research. If ada dissertation pon, tu nanti sem 2 baru buat. Tapi mungkin orang yang hebat and layak untuk biasiswa agung ni dah siapkan proposal awal2, so I tak cukup kelayakan nak dapat biasiswa tu. Redha sebab tahu peluang tipis, satu Malaysia dia taja 10 orang je rasanya. JPA? langsung haramm. Pelik jugak, orang kata sapa dapat result bagus2, JPA akan terus email nak sambung tajaan buat master. I got nothing. So, merajuk ahh dengan JPA.

October 2014
Applied for TPM UiTM tu. TPM ni macam program nak cari pensyarah baru, then nanti university tu akan hantar sambung belajar either local or overseas. Result keluar, masih belum sampai rezeki nak sambung belajar.

November-December 2014
Isi borang Chavening scholarship and Commonwealth scholarship. Both from UK government yang nak support Malaysian belajar dekat UK. Chavening ni taraf die macam biasiswa agung. and they look for a potential leader. Nak apply Chavening? sila berwawasan tinggi dan bercita2 sekiranya aku ganti Najib kelak, aku akan........ (isi sendiri). Jadi, sebab diri ini kurang berwawasan untuk menjadi leader, I can't even finish that essay. Tak tahu nak goreng ape. Jadi harapan yang tinggal, Commonwealth! Isi, tak siap-siap sampai lah esok nak due date, baru siap essays tu (nanti I buat post pasal Commonwealth scholarship ni). Ohh ya, hujung tahun 2014 ni jugak my bakal husband datang merisik. Takde tunang, terus tetapkan date:  bulan ogos kite dah nak kahwin. aaww!

Boleh selalu cek website ni untuk tengok apa scholarship yang tengah open.  http://www.chevening.org/apply

Rajin rajin usha website ni, cari sholarship. http://cscuk.dfid.gov.uk/apply/



20 March 2015
Result Commonwealth keluar. Jeng jeng jeng. I provisionally selected for the awards!!!!! Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. Tapi dia cakap provisionally je. maksudnya, tak tentu dapat. So nak melayakkan untuk confirmation of award, I kena secure unconditional offer from UoM. I dah dapat conditional offer, so kena amek IELTS baru dapat unconditional offer. Terus pergi daftar IELTS. The earliest date was in 3 weeks time. UoM nak band 7 for overall and writing wajib band 7. Kita pulun lah study, sebab takda duit nak repeat kan. Fighting!

to be continued..... halt.

5 comments:

shylina Shae said...

salam awak . nak tanya ..
1.program pelajar cemerlang tu nak pointer berapa baru dia taja untuk master?
2. proposal letter yg biasiswa ydp nak tu apa benda eh?
3. biasiswa commonwealth senang dapat eh ?

Aien Azam said...

Akak, i did email you nak mintak those softcopy tapi tak boleh pun :( kalau boleh akak email kan dekat saya boleh? aienazam18@gmail.com

Aien Azam said...

Salam kak, i did email you nak mintak those softcopy IELTS books tapi tak boleh pun :( kalau boleh nak mintak akak email kan ke saya boleh? aienazam18@gmail.com

ney said...

@shylina Shae,
nak jawab soalan:
1- if tak salah, 3.5 ke atas
2- mereka nak proposal research kita yg bakal kita buat masa master
3-cant say it is easy, but you never know. so why don't you try first? :)

najjah safea said...

Akak, saya try email akak nak mintak those softcopy tapi tak boleh. kalau akak email kan dekat saya boleh tak ?
Safeanajjah@gmail.com