Thursday, February 18, 2016

Ke Manchester ke kita? Part II

So, mari sambung perjalanan cerita perjalanan I untuk belajar kat Manchester ni. while Part I dulu banyak cerita pasal apply universities and scholarships, Part II ni bakal cerita setiap step yang I buat dari mula dapat offer letter sampai la berjaya menjejak kaki ke Manchester. 

April 2015
Sebab nak dapatkan unconditional offer letter, maka I kene ambik IELTS test. Fee: RM650 (bayar sendiri, scholarship tak cover) 2 minggu full dedicated untuk study IELTS ni. I memang takda duit lebih (sebab masa ni tengah menabung nak kahwin raya nanti) untuk daftar kelas latihan IELTS, jadi I buat practice sendiri. Cari buku2 latihan online, bukak youtube cari tips speaking, sample speaking tests, sample listening tests. Then pergi exam dekat IDP KL. ada orang beriye survey untuk pilih buat IELTS dekat british council or IDP. I seriously don't know which one is better. I daftar manual (hantar borang) dekat BC, tp I bayar online ke IDP. sebab tak tahu rupenye dorang ni dari syarikat berbeza. Lame shahieda!. Jadi amek jela dekat IDP. 


May 2015
Result IELTS keluar. Alhamdulillah, pass requirement yang UoM nak. So nak hantar result tu ke UoM. Tapi I takda certificate IELTS tu sebab tak dapat pergi KL untuk ambik result. It may be just my case, but IDP handled my result script in a bad manner. But I can say that I'm partly wrong too. Ceritanya, I tak boleh amek result tu by hand, so I posted dekat dorang sampul pos laju so dorang akan hantar result tu ke rumah. I posted guna pos biasa, so tak boleh track. after like 3 working days, call dorang tanya dah terima tak my sampul. dorang kata dah. dorang dah pos balik dah. tapi bila i nak track my pos laju, takda dalam rekod. few days later, masih tak dapat. call balik IDP, dorang tanya nama siapa, after I jawab, without a pause, dorang confidently said "dah pos dah, kalau tak boleh track, pos laju yang salah." I call pos laju, give my tracking number (luckily I salin tracking number sampul pos laju yang I send kat dorang tu), pos laju kata no tu tak pernah masuk lagi dalam sistem. what the heck? So, I call IDP balik, bagitahu yang pos laju tak terima sampul tu, baru lah nak menggagau tanya nama penuh, no IC semua. then tak lama kemudian, dorang call balik bagitahu baru jumpa sampul I and dorang akan pos esok pagi. See.... selama ni I call, dengan confident cakap dah hantar. Jenuh taw. nak dapat result tu ambik masa dalam 2.5 minggu. Kesimpulannya, kalau tak nak mende ni jadi, masa nak pergi test tu, bawak siap2 sampul pos laju untuk nagi kat dorang. Sampai je result dekat rumah, sent ke UoM. and as usual, UoM provide me the unconditional offer letter within a day! Look how fast they were. 

June 2015
Pergi renew passport sebab UoM dah mintak copy of passport untuk keluarkan CAS. Nak senang, make sure passport is valid sepanjang waktu kita kat oversea nanti. Bayar RM200, dapat 5 tahun validity of passport. Pergi buat medical check-up untuk medical form requirement from Commonwealth scholarship (CSC). Then, hantar copy of passport ke UoM, hantar medical form & unconditional offer letter ke CSC. CSC bagi notification of award. Still, confirmation of award tak dapat lagi. Jadi masa ni yakin tak yakin dapat pergi belajar kat oversea. 

July 2015
Alhamdulillah, dapat email confirmation of award masa malam raya. So, rasa dah confirm insyaAllah boleh pergi Manchester unless visa tak lepas. So, dalam bulan raya ni lah baru nak sibuk buat preparation. Pergi buat TB test masa hari raye ke 5 di LifeCare Medical Centre Bangsar. Fee: RM 220. next, cari rumah sewa dekat manchester through iklan dalam facebook. Tips nak cari rumah: join group student oversea macam pascasiswazah mara ke, selalunye seniors2 akan bukak iklan rumah/bilik sewa. pergi pm dorang, tanya elok2, insyaAllah dorang ni lebih dari sudi untuk membantu. Alhamdulillah, survey cari rumah yang dekat dengan uni, message sorang ni, terus dapat rumah. Rezeki Allah permudahkan. 

August 2015
Baru dapat CAS letter dari UoM. Bulan ni rasa nazak sangat. sebab? masa dah suntuk nak uruskan visa. lagi satu, I kahwin bulan ni (15/8/15)! Apply visa sendiri, yang tak tahu nak isi, tanya pihak Visa UoM, then hantar, buat appointment dengan vfsglobal di Wisma MCA, KL untuk hantar documents (13/8/15), balik tu sempat singgah petaling street beli baby breath untuk buat hantaran oppss. Tawakkaltu 'alaAllah jelah, rasa dah bagi dah semua documents yang dia nak kan, harap2 lepas. Honestly, I don't know how much does it cost for visa and IHS (health insurance) sebab I apply on UK Gov Sponsor visa type, so its totally free :). End of August, dapat email dah boleh amek visa. 

September 2015
Pergi ambik visa 2/9. Cadang nak fly 18/9 sebab 21/9 dah start orientation. Seriously, deal dengan CSC mudah sangat. I just email them my request form to travel, bagi detail nak sampai UK bila, then, their agent terus email I balik on the same day with booking information, setuju ke tak dengan apa yang dorang pilih. and they booked me Emirates flight. sape tak mahu kan. I pon setuju aje. tak fikir panjang, walaupun kena travel sorang-sorang. sob sob. Finally, I made it to UK on 18. Hello Manchester!


kalau nak diikotkan, my journey to UK ni tak payah sangat, sepayah kawan2 lain yang pergi sini dengan biasiswa malaysia (JPA/UITM/etc). Sebab? 
1. I tak payah pergi BTN. 
2. I takde documents melambak2 yang nak kena pergi sahkan kat kementerian la, kat putrajaya la semua tu.
3. I dapat duit pound terus dalam cash card yang CSC bagi, tak perlu fikir kena tukar duit. 

Alhamdulillah. Itu semua rezeki. Perjalanan I ke UK ni alhamdulillah senang, tapi I face a tough time here (sebab I divert my course, so I have to learn most of the things from scratch). So, rezeki masing2 kan. yang penting, bila dah buat keputusan nak belajar jauh2 ni, tekadkan hati. and bersedia untuk susah. Friendly reminder, studying abroad is hard, but it is not impossible to excel. 

Jom lah ramai-ramai pakat belajar abroad. Sebab ini peluang terbaik untuk cabar diri keluar dari your comfort zone di Malaysia tu. Halt.


No comments: