Monday, June 13, 2016

FAQ sambung belajar luar negara

Assalamualaikum and Hello dunia!

Disebabkan akak ni jarang update/jenguk blog, jadi banyak komen yang terlepas pandang untuk post belajar luar negara ni. Plus, akak tak tahu macam mana nak direct reply lagi2 kalau komen dari anons. Jadi akak buat FAQ untuk jawab soalan yang orang selalu tanya dekat akak. 

1) macam mana nak sambung belajar peringkat 'undergraduate' di oversea?
- Honestly, akak tak tahu. Akak sambung postgraduate. Terus apply dekat website universiti kesukaan hati. Kalau undergraduate, dia guna sistem UCAS (please jangan tanya akak ape kebende UCAS ni). Nak lebih mudah, hire agent. Boleh cari dalam website MABECS ni. 

2) nak apply universiti kena bayar fee?
- Tak semua universiti kenakan application fee. Selalunye, top universiti ada kenakan fee. Eg: UCL, Oxford, Cambridge, MIT (uni yang akak mention ni berdasarkan masa tahun 2014, waktu akak sibuk mencari universiti. Barangkali, sekarang dah takda fee, ataupun sekarang makin banyak uni yang charge application fee?). Jadi kalau awak-awak ada rezeki lebih, boleh la bayar fee ni. Tapi kalau awak sedang berjimat, apply sajelah uni yang tidak kenakan fee. 

3) wajib ke ambil IELTS?
- It depends on university. Masa nak apply uni memula, memang akan ada section "english proficiency". Jadi adik2 budiman boleh la letak segala sijil2 English yang ada. Selalunye orang Malaysia ni ada GCE-O je masa SPM tu. MUET diterima atau tak? akak tak tahu, tapi takpe, hantar aje dik. Kite tengok apa uni reply. So, selalunye ade 3 jawapan bile apply uni: i) sorry not sorry, awak tak layak. ii) yes, awak layak, boleh apply visa terus (unconditional offer letter). iii) yes, awak layak. tapi........(conditional offer letter). Haa, masa ni la dia akan bagitahu, kena buat IELTS/other English exams ke tidak. Tapi, anda boleh cuba nasib lagi, buat surat nak mintak tak payah ambik IELTS. surat sokongan lecturer ke cakap English korang tahap dewa. and akak ucapkan, Good Luck!  

4) saya tak pandai English, boleh ke nak belajar oversea?
- Hendak seribu daya dik! Akak punya English pon tak bagus mana. Masa kat Malaysia, 1x je penah cakap/borak full in English : interview SPA. Akak boleh present in English quite well, tapi untuk conversation, gagap dik. Akak tak nak menipu, jujurnye, it's totally hard at the beginning (at least for me). Tak faham lectures, tak boleh nak join mengumpat dengan classmates (haha, ni tak penting!), writing style tak sama, word choice yang okay untuk guna kat Malaysia jadi tak okay guna dekat UK, and the list goes on. Tapi believe me, you will get better in no time. 
Belanja gambar masa family datang melawat hari tu


To sum up, challenge yourself to be independent outside your home country. Yes, sistem pendidikan dekat Malaysia setaraf dengan negara2 luar, tapi some good values yang akak tak pernah jumpa dekat Malaysia, ada dekat sini, yang mana majority penduduk dia adalah non-Muslim. So, See you soon! Halt.   

2 comments:

Anonymous said...

Salam kak. Cambridge fee for application brapa ya?

Farah Zamri said...

Assalamualaikum. This year sy ada apply CSC tp unfortunately tak berjaya.

Boleh tak share sikit tips macam mana u apply? Dorang mmg nak First Class degree je ke?