Wednesday, June 30, 2010

susah ke nak jadi baik?


note: agak cube jadi baik dalam entry ni,maaf bagi yang terasa.NEY pun terasa juga~hee
sumber: versus,Hlovate
Ada tak orang nak mengaku yang dia jahat? Or dengan yakin dia cakap dia baik?
cemana ea nak jadi baik? Apa yang kita kena buat,then kita entitle sebagai seorang yang baik?
Baik tu : beriman kepada Allah.
 Kalau buat semua Rukun Iman,alah benda yang percaya2 tu,ek ada 5 ke 6 ea,lupe tu kira dah beriman la kan? So kita ni baik lah.
Then, check this out:
Beriman kepada Allah tu,kita buat semua yang Allah suruh,kita tinggalkan semua yang Allah tak suka.kalau kita dah buat 2 benda ni,baru lah kita ni di consider baik.
aish,kalau macam ni kita belom baik lah kan...
NEY sendiri pun rasanya belum layak untuk mengaku yang NEY baik,sebab walaupun NEY dah solat tak pernah tinggal,NEY tutup aurat Insyaallah seperti yang disyariatkan,but NEY akui dalam bab muamalat dan ikhtilat,NEY masih kurang. name je budak sekolah agama
‘masuk lah kedalam Islam secara keseluruhannya’(2:208)
Maknanya,kalau nak jadi orang Islam yang total,kena buat semua yang Islam dah tetapkan lah kan~
Islam bukan diukur dengan solat sahaja.yes,solat itu tiang agama.tapi Islam itu sebagai ad-deen,means cara hidup kita.
 boleh lah pulak cemnikan,tak patut2~
Kalau dah solat cukup 5 waktu,tapi tak pakai tudung,tak cukup baik lagi lah tu. Kalau pakai tudung,tapi solat entah kemana,tak cukup baik jugak. Kalau solat,pakai tudung,tapi pakai short sleeve,tak pun baju ketat,jarang Nampak tali bra,pun masih tak cukup baik. dah elok2 solat,tutup aurat,tapi masih bertepuk tampar dengan different gender pun kita tak dapat lagi batch baik tu.
Tak boleh ambil mana2 yang kita nak. Kalau dah solat,kena tutup aurat. Kalau dah tutup aurat secara sempurna,kena jaga pula pergaulan antara different gender.
Tak mudah untuk jadi baik. tapi ingat,Allah tengok usaha,bukan natijah.
Masalah kat Malaysia ni,benda2 seperti pakai seksi meksi,peluk2 depan orang ramai macam dikira ‘in’. sebab tu kita tak rasa benda tu salah. Pakai tudung pun sebab ikut fashion bukan sebab kewajipan. That’s why la pakai tudung tapi masih Nampak batang leher and dada. Sedangkan Allah dah cakap suruh labuhkan tudung tutup dada. Bukan susah pun,dada ja,bukan suruh sampai lutut pun tudung tu,tapi bab tu pun kita masih fail kan.
 gambar hiasan,tapi ada makna~
isu kena jadi ustaz/ustazah dulu ke baru boleh tegur orang memang tak patut wujud. sebab kita memang kena sentiasa menegur ke arah kebaikan,kalau tak kita masuk dalam golongan yang rugi. 
tapi kena ingat lah,orang yang ditegur,kena melihat apa yang ditegur,bukan siapa yang menegur. kita ni habit nye tak boleh terima teguran,especially bila kita rasa yang kita lebih baik dari orang tu.
dan orang yang menegur pula bertanggungjawab atas apa yang ditegur.  Allah murka dekat orang yang hanya berkata,tapi tak melakukan.(surah saf,cuba buka tafsir) jadi kalau yang menegur pun buat sama,double nati dia dapat dekat sana.
'takda orang yang perfect sebab kita di beri peluang untuk berubah. dan setiap  perubahan itu membawa kita ke arah lebih baik,insyaAllah'
dan tiada siapa yang terlambat untuk berubah melainkan bila dah nak mati.
'changing for good isn't a crime'
shh: NEY nak jadi baik sebab NEY nak dapat suami yang baik,nanty boleh sama2 masuk syurga,itu kan janji Allah~

11 comments:

kaizen shinobi said...

uish... dalam maksud entry nih... setuju2...

tak salah mengharapkan kesempurnaan walaupun kita sendiri tahu tiada manusia yang diciptakan sempurna..

dari fizikal kita memang sempurna... tapi dalaman? kita dan dunia sekeliling yang mencorakkan...

so? what to do? jom sama2 mengecapi kesempurnaan? ahaks~

nama saya syafiqah said...

pada pendapat saya,
nak jadi baik sgt susah..

perlukan kekuatan sebnyak yg mungkin..

saya juga dlm tempoh untuk memperbaiki diri..
Yang penting,usaha dan kekuatan itu ada,
Jom sama-sama kita berubah..

Ikhlas,
Syafiqah

jaya jr said...

haha betol2..
laki2 baik ntuk perempuan baik2..
perempuan baik2 ntuk lelaki baik2..

ney said...

@kaizen shinobihee,dalam kan,ney pun pening sehari semalam bila baca novel ni..yela,dalam hati tipulah kalo kata tak nak berubah,tapi nak buat tu,masyaAllah,payah~

ney said...

@jaya jryup,surah an-nur tu memng semua orang taw~

ney said...

@nama saya syafiqahterma kasih syafikah,memng susah nak jadi baik,bak kate org puteh,it cost a hell to change,yela benda dah sebati dengn kita,tetiba nak ubah~

MisZ NatH said...

huu..terasa...:I

ZihNuN FaTiN said...

insyaallah kita sama2 cuba memperbaiki diri lagi...

salam kenal..=)

ayuni.eleena.M.T.azar. said...

haiz.. ape pesennye pakai tudung tp mcm tu?? nak show off dlm intenet lg.. geram aku! org lua nak jatuhkn islam, dia yg ismlam nak jatuhkn agama sndri.. bukan suruh jd org baik, tp xjugak suruh jd org xbertamadun

nuriz said...

aiyo..pakai skirt dgn tudung huhuhu pelik bin ajaib

cayunk said...

org yg baik xkn sedar yg die da jd baik~ingat mengingati amaln mulia..bcelah novel ini..hee