Wednesday, August 4, 2010

jadilah 7 golongan ini

nanti masa di padang mahsyar, suasana dia macam mana ea? ada yang kata matahari sejengkal dari atas kepala. and air yang hanyir lagi busuk campur dengan nanah and macam2 paras hidung. betul ke? hanya Allah saja yang tahu.

tapi NEY pernah dengar satu cermah ni,tentang orang2 yang akan dapat perlindungan di padang mahsyar. mahu? jom jadi golongan2 ini:

1. Pemimpin yang adil
-susah kan nak jadi pemimpin yang adil. bukan setakat pemimpin negara,kita nak pimpin diri sendiri pun kadang2 tersasar dari landasan.
2. Remaja yang memenuhi masa mudanya dengan beribadat kepada ALLAH
-remaja hanya sekali,so lets enjoy!! hmmm,remaja ni senang leka,sebab mereka fikir banyak lagi masa nak bertaubat. tapi kalau mati kejap lagi macam mana?

3. Lelaki yang hatinya bertaut kepada masjid
-suka tengok lelaki yang selalu berjemaah kat surau. stok2 calon suami.

4. Dua orang yang saling cinta mencintai kerana ALLAH; mereka bertemu kerana ALLAH dan berpisah juga kerana ALLAH
-ni kira macam dalam berkawan ke,or ustaz tu bagi contoh macam kita pergi dengan ceramah dekat surau/masjid,niat kita semata2 kerana Allah,nak tambahkan ilmu,nak apply dalam diri.

5. Lelaki yang digoda(untuk melakukan maksiat) oleh seorang wanita jelita, lalu dia berkata: “Sesungguhnya aku takut kepada ALLAH.”
-mampukah kamu wahai kaum adam??
6. Orang yang bersedekah hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekah oleh tangan kanannya
-sedekah kena selalu walaupun seposen je ari2 masuk tabung masjid. sedekah adalah punca kekayaan. tak percaya?

7. Orang yang berzikir kepada ALLAH di tempat sunyi hingga mengalir air matanya
-perasaan gerun bila sebut nama Allah tu memang susah nak dapat kalau kita tak betul2 cari. jadi,selalu2 lah bersihkan hati.kalau tak naty hati mati. betul tak(^_^)

shhh: aish,mengalahkan budak medic je cik NEY ni sampai tak sempat nak update blog...sooooorrrryyyy~

2 comments:

diraja22 said...

insafnya diri..

cyg said...

emm...rajin2 la bsedekah ag2 dlm bulan ramadhan ni moga2 tgolong dlm 7 golongn 2..insyaAllah