Sunday, May 30, 2010

3 menjadi satu

NEY nak gabungkan semua tag dan award jadi satu boleh tak? hee,nanti tak payah buat banyak2, cuma orang yang kena tag lepas ni la kena rajin ckit~

first sekali, award yang NEY terima dari GadisComel. mekaceh banyak2 sebab sudi bagi kat NEY.
 sebenarnya,award ni ada soalan, tapi soalan dia sama dengan award yang sebelom ni NEY dapat,so kalau tak payah buat lagi,dimaafkan ea? (^_^)

secondly,tag dari kak IZA- happy tag (:

Adakah anda happy sekarang?
happy sangat (:

Kenapa anda Happy?
sebab traffic blog NEY da naek (:

Apakah benda yang boleh membuatkan anda happy?
kalau dapat sesuatu yang memang diidamkan and dapat jumpa my NIZAM
Pernahkah anda menerima tag??
so far,ada la 3 kali kot.

Nyatakan warna yang anda suka.
pink, hitam+putih
Beritahu 5 orang yang anda mahu tag.
KIV dulu ea soalan ni,sebab bawah ni ada lagi soalan tag.

Tuliskan sesuatu tentang orang yang anda tag.Tulis panjang bejela pon takpa.
yang ni pon KIV dulu (:

Adakah anda happy dengan apa yang ada?
Alhamdulillah.... half a loaf is better than none rite (:

Lastly, tag yang  ke-3,dari cik Eikasyaza

banyak benor soalan dia(^_^)


 tindakan anda bila dengar bunyi kilat dan petir
huuu,NEY takut bunyi kilat+guruh,duduk diam sambil tutop mata

 reaksi anda bila ada orang mengutuk anda
kenapa ea,salah aku ke? tanya balik kat diri sendiri

 reaksi anda bila TERjumpa dengan artis favourite
nak snap satu pic boleey??

 maxis or celcom
celcom upax,gerenti jimat(:

 TIGA bad habit
malas mandi, bangun lewat and suka nanges

apa yang anda lakukan bila ada orang lain sebuk dengan hal anda
boleh tak jangan kaco?

 apa reaksi anda bila TERkentut busuk / kuat di khalayak ramai
buat bodoh sudah~ aku ke? hee
ok,untuk soalan kiv tadi, orang yang NEY nak tag adalah:

1)iemaZAIMAH ( die baru 18 tahun, bakal student UNITEN )
2)dieabella (yg ni NEY tataw la,kamu ada kembar ea? sebab tgk muka cam same)
3) jj-Jhawarangers (die study kat CFS,sama cam NEY,tapi NEY tak pernah jumpa dia pun)
4) fizieiji (ni uncle NEY,baru dalam dunia blog,jom singgah blog dia ramai2)
5) epul (dia baek,hee,orang klang tapi tataw area mana)

shhh: kepada sesiap yang kena tag, tak kesa la nak buat semua ke atau pilih mana yang anda suka,tapi ape yang penting? kerjasama award tu kena ambil (^_^) arigatou semua!~

Thursday, May 27, 2010

jom jadi cantek sama-sama


Siapa kat sini tak mahu jadi chanteq macam Megan Fox? Sila angkat jari hantu tangan kiri. Fitrah kot semua orang inginkan sesuatu yang elok,sempurna dan canteq. Canteq tapi tak payah keluar duet yang banyak. Possible tak?  Jom try test~
Part 1- wajah
·         Basuh tangan sebelum mengusek muka. Muka akan rosak jika kita tidak berhati-hati. Sila jangan menggosok mata dengan kuat dan berhenti menscrub muka dengan kasar. Tabiat memicit jerawat dengan kuku pun kene stop. Semua benda ni boleh meninggalkan parut dan garisan2 halus pada muka.

.      kerut dahi ? kurangkan la ya,nanti dahi anda semua tak licin macam dia ni.heee



·         Berikan lembapan pada kulit. Oleh itu,memang kena minum air yang banyak.itu kalau mahu lembap secara semula jadi. Kalau anda seorang yang malas minom macam saya, guna lah pelembab yang sesuai.muka yang kering menyebabkan kulit bersisik dan berkerut kedut. 

·         Basuhlah muka sekurang-kurang nya 2x sehari dan jangan basuh terlalu kerap. Muka kita sendiri pun ada mengeluarkan pelembap semula jadi,kalau basuh banyak kali ,muka akan jadi sangat kering.

·         Pemilihan bedak asas

-cari yang jenis ringan.
-seeloknya,hindari foundation yang jenis krim, sebab muka akan kelihatan lebih berminyak.
-tumpukan bahagian mata dan sekitar hidung untuk muncul lebih fresh.
-jangan asyik bergantung dekat bedak asas, sebab dia akan menutup liang pori.

·         Concealer:
-apply ke muak dengan cara menepuk,bukan menggosok.
-tepuk-tepuk kan concealer itu hanya pada tempat yang bernoda
-jangan sapu bawah mata yang berkerut,nanti makin terserlah kerutan itu.

·         Lipstick:
-bagi lipstik jenis tube, better anda titiskan di jari dan sapukan rata pada bibir.    ( awas: pastikan jari kamu bersih!)
-cara ini akan menampakkan bibir anda lebih sempuran plus lipstick juga akan tahan lebih lama.

·         Jangan lupa bersihkan muka dari sebarang jenis make-up sebelum tidur.  Bagilah chance muka kita nak berehat~

#cuba buat masker sendiri :
Campurkan madu+gula satu sudu,dan apply pada muka. Gosok perlahan-lahan dan basuh bila madu sudah kering.(heee,semut suka hurung anda waktu ni)

Sssshh: muka kita akan bertukar sel kulit baru antara jam 12-3,jadi kita perlu tidur waktu itu,kalau tak,sel baru takkan bertukar. Kemudian,basuhlah sel baru muka anda dengan air wudhuk(bangun tahajud),kompem muka kita akan lebih berseri(^_^)


Tuesday, May 25, 2010

jangan tidur lagi

ada sesiapa kat sini yang tak suka tidur tak? orang kata kejayaan datang nya dari tidur yang cukup,so apa tunggu lagi,jom tidur bersama-sama( ^_^) eh,tak boleh,bahaya~

tidur memang nak kena gaya. kalau silap posisi,boleh sakit badan kita di buatnya.  


suka tidur meniarap? eyh, tak elok untuk pernafasan taw.



 tidur macam ni best! rasa cam bebas je kan(- -') tapi tak molek lah kalau girls tidur macam ni kan~

:: tidur itu satu ibadah ::

jom kita tidur ikut sunnah Rasulullah~ kata sayang kat Nabi,sibuk buat post marah orang hina Nabi MUHAMMAD kat facebook,tapi hakikatnya,kita sendiri tak nak menghidupkan sunnah.

kalau SAYANG dekat Nabi Muhammad,jom kita check ramai-ramai apa yang perlu kita buat sebelum tidur:

 #ambil wudhuk.

jangan tidur lagi sebelum:

1) khatam Al-Quran.
-mak aih,nak habiskan 30 juzuk satu malam ke? boleh gak bro kalau rajin. kalau kurang rajin, bacalah 3KUL-surah al-ikhlas,al-falaq,an-nas. sekejap je tuh~

2) Nabi Muhammad memberi syafaat pada hari kiamat.
-selawat lah banyak2,nak nyanyi lagu apa semua boleh. selawat cara raihan ke, hijjaz ke,rabbani ke,janji done~


3) para muslimin sudah meredhai kita.
-istighfar lah,tahu kan..ke nak NEY ajar? boleh boleh boleh(^_^) tapi NEY tak da font jawi la. Baca lah:
"Astaghfirullahalazim li wali waa lidaiya wali jami il muslimina wal muslimat wal mukminina wal mukminat al ahya immin hum wal amwat " 


4) pergi haji dan umrah.
-nak tunggu duet kat dalam tabung haji tu penuh,tak tahu lah bila kan,jadi berTASBIH lah(subhanallah), berTAHMIDlah(alhamdulillah), berTAKBIRlah (allahuakbar) dan berTAHLILlah (lailahaillallah).kalau malas,baca sekali pon boleh~ ISLAM tak pernah menyusahkan~

dah selesai semua,

#bacalah doa. yang ni kompem semua orang tahu kan~


 Rasulullah tidur mengiring kekanan,letak tangan bawah pipi,kira macam gambar kat atas tu lah~

so tunggu apa lagi, JOM TIDUR!

shhhh: walaupun semua orang dah tahu,tak salah nak mengingatkan kan3~

Saturday, May 22, 2010

doktor vs bomoh

doktor dengan bomoh, dua-dua kerja diorang mengubati orang. jadi,apa perbezaan mereka niyh?

situasi : mengesan punca penyakit

SESAK NAFAS SEMASA TIDUR
doktor: cara tidur encik ni tak betul,jadi aliran darah terganggu,oksigen pun tersekat,itu yang sesak nafas tu.
bomoh: anak ni kena tindih dengan hantu ni masa nak tidur

SAKIT DADA DENGAN TIBA-TIBA
doktor: awak kena heart attack ni.
bomoh: ni tak lain tak bukan,ekau da kono ilmu tuju-tuju,ado orang dok letak jarum kat gambar anak

BILA SAKIT KEPALA
doktor: migrain atau sakit kepala sebab hipertension
bomoh: kamu ni dah terkena kencing langsuir

SUSAH BUANG AIR KECIL
doktor: buah pinggang kamu ada masalah,tak pun ada batu karang ni
bomoh : tersampuk sebab kencing rata-rata dan tak mintak izin penunggu

bila sudah habis berubat.........

doktor: bil rawatan,ubat, khidmat kaunseling...semuanya RM 200
bomoh: bayar ikut ikhlas dan yang termampu udah le..(^_^)

shhhh: selamat  berehat di hari ahad~

Thursday, May 20, 2010

award lagi (:

first of all,mekaceh yang terkira dengan jari kepada RINA 
kerana kesudian beliau memberi award ini kepada NEY.
 1- Apa yg bermain difikiran anda sekarang ni??
bila la nak sambung belajar,tak sabar nak daftar kat kuantan sebab da bosan cuti,nak jumpe dengan kawan2

2- Apakah nama samaran u'all??
nama samaran NEY la kot,coz kawan2 semua tataw sape NEY,bila dorang taw NEY=shieda,dorang pon ckap lah,kamu ke~

3- Berikan 3orang yg u'all sayang...
 3 je? sikit nye.. abah,mama,family,nak tambah ag ley?~

4- Panggilan utk siDIA
ask him~

5- Hadiah yg korang impikan dari seseorang yg istimewa..
emm,tak pernah la plak,ape yang die kac,NEY terima seekhlas aty

6- Blog mane yg korang suke visit??
yang tak pernah miss,blog2 kawan2 skolah+uia,yang lain tu,janji dorang update NEY pun datang menyibuk~

7- Tag kan kepada 15org rakan blogger korang..
mak aih,rramai nye nak kene tag ni~

1-nizam(sebab name die same dengan nizam NEY)
2-fikah (penyebab NEY start blogging)
3-mat din (rajin die datang blog NEY)
4-zaty (adiah besday die)
5-zahir (die-hard fan MU,btol tak?)
6-nurul (she's really photogenic) 
7- waniey ( my besties mase skola dolu2)
8-atiq (jiran sebelah dorm+kelas)
9- Ibu Mifzal ( ibu yg pemurah~ )
10- sky8men ( name sebenar kamarul zaman kan~)
11- cha'on ( die antara orang yang awal2 komen my blog )
12- mommyyus ( hot mama )
13- ariffda ( die pun mama yg besh)
14-miss XYZ ( NEY tak kenal die,tapi cam rase kenal)
15-CayUNk (die tak de blog,tapi die adelah pembace setie blog NEY~)

shhhh:sory NEY tak link kan kan blog2 yang ditag,busy ckit la,NEY anta kat shoutbox korg je,boleh kan~ 





    

Wednesday, May 19, 2010

sofia and emak birthday giveaway

cepat-cepat. join sebelum terlambat~

nak tahu lebih lanjut: sila ke SINI

tapi sebelum tu, NEY nak wish sofia dan emaknye:




Friday, May 14, 2010

tips berjimat ketika berdating


pasangan-pasangan merpati di luar sana, setiap kali korang keluar dating,paling minimum habis berapa inggit? Paling kurang pun,gerenti dalam 50inggit. Kalau dalam sebulan tu,tetiap minggu nak berdating, mahu kopak di buatnya. 



Jadi, macam mana nak berjimat? Especially bila masing2 poket dah kering, elaun, PTPTN dan biasiswa pun dah nazak. Jangan keluar? Bagus gak tuh..kalau nak keluar juga? So, apa perlu kita buat? 




       *     Naik kenderaan awam
-kalau naek bas ke,LRT ke,Cuma perlu siapkan tambang pergi-balik ja.tak perlu fikir duet minyak,tol,nak cari parking.lagi-lagi kalau tak familiar dengan jalan kat sesuatu kawasan,nanti buat abes minyak  dok pusing2 sebab sesat.sekali sekala kene tiup dengan asap bas,takpe la kan~


      *   masak dari rumah.
       -sebelum nak keluar tu,apa kata masak siap2. jadi jimat sikit,tak perlu beli makanan. lagipun,macam sweet gitu kalau masakkan untuk pasangan kita.manelah taw,terpikat dengan air tangan kita,terus dah tak cari laen~

            *   tengok wayang? tak perlulah kot.
       -kalau dah time sengkek tu, nak tengok wayang,lagi2 keluar hari weekend, cuba kira kos dia:
               tiket (biasa)                                                RM11x2 =RM22
       tiket  (couple seat)                                   RM24
       popcorn+ air                                                RM10
      TOTAL: RM34/32
 banyak kan dah habis kat movie je.kalau nak sangat tengok cerita sama2,bawak lappy,cari port lepak,tengok lah sampai 2-3 cerita.tapi jangan layan 'cerita laen' sudah~   
                                              
    *  sharing is caring.
-selama ni keluar sebelah pihak je yang bayar,so cuba share,sama-sama keluar duet. so tak adalah membebankan sangat. tak pun,dari awal perkenalan korang,cuba buat perjanjian,gilir-gilir bayar ke.jangan lah mengharap orang tu je yang bayar semua.duet kau,duet aku,duet aku,duet kau juga~


     *   jangan pergi shopping mall.
-asyik-asyik dating kat shopping mall,dah pergi sana,mata terarah kat sale ke,duet pun mengalir lah. cube sesekali tu berkelah kat taman,kat pantai ke,pergi memancing ke,lagi banyak masa yang boleh dihabiskan bersama.duet pun selamat kan~  


-bukan nak berkira,tapi berbelanja mengikut keadaan keewangan lah. kalau yang mampu gerai tepi jalan,makan jela kat situ. ini tak,sebelum makan dia yang beriye ajak pergi Kenny's,dah kenyang,buat bodoh je bila tengok bil.tak patut2(+_+)


:: HAPPY TRYING ::

shhh: kalau dapat pakwe kaya,nak kene praktikkan juga ke?(^_^)




   


                                                                                 

Wednesday, May 12, 2010

Television vs handphone

 Bini macam TV, awek macam hand phone(HP)

tengok  TV bila kat rumah aje, tapi bila keluar bawa HP

takda duet jual TV ,bila berduet kita dok tukar HP

boleh dikira berapa kali enjoy depan TV ,tapi setiap masa maen dengan HP

TV sekali beli percuma sepanjang hayat, HP kalau kita tak bayar bil atau topup,service pun berhenti

TV selalunya besar,berabuk dan dah berusia, HP cute,slim dan 'portable' setiap masa 

tapiiiiii.....

TV tak pernah di serang virus, HP bila kena virus,terus kong!

jadi pilihlah TV..hargai isteri anda ~


sshh: suami tak kan makan luar kalau isteri tu pandai maen peranan kan(^_^)

Tuesday, May 11, 2010

ini cerita KAU dan AKU

tetiba rasa nak buat satu post pasal dia. takda niat nak expose dia,cuma nak meng 'appreciate' kehadiran dia..eceh^_^

amaran: jangan baca kalau anda tak mau baca(+_+)

adoooi, bukan senang untuk men'story'kan seseorang ke dalam words. takpe2,aku cuba jugak demi dia..huhu,ni yang tak suka ni,rasa cam jiwang karat semacam je(--')

inilah dia enchek NIZAM, my kawan,teman dan SAHABAT

sahabat tak semestinya sama jantina.kalau orang kata ni mesti berchenta kalau laen jantina,nape?kekasih kita bukan sahabat kita ke? bagi NEY, semua orang boleh jadi kawan,tapi tak semua sanggup terima kita di saat kita susah,kita hodoh,kita tak berdaya.dan orang yang sentiasa ada di sisi kita itulah yang layak bergelar sahabat.

KENAPA MESTI DIA?

-Macam iklan COLOURLAND, 'dia selalu mewarnai dunia anda',itulah Nizam.tak pernah sehari dia tak buat lawak. ada je modal,kalau dah kering sangat,dia cari cerita-cerita kelakar kat internet plak. mungkin sebab itulah NEY seronok kawan dengan dia.

-Dia seorang pendengar yang setia. masa NEY kerja,tetiap malam NEY akan mengadu hal-hal yang berlaku kat tempat kerja.walaupun kadang-kadang isu yang sama,dia tak pernah pun buat tak endah. kalau NEY ada masalah,dia biarkan NEY cerita abes-abes sampai NEY lega,baru dia bagi pandangan dan nasihat dia.

-Nizam dorong NEY untuk menjadi seorang wanita yang lebih sedap mata memandang. masa mula-mula kawan dengan dia,dia tanya 'eh, tak pakai stokin?" NEY senyum je,malu bila orang tegur macam tu. lepastu,bila dah lama sikit kitorang kawan, dia tegur lagi 'emm,pakai lah armsock' .sekarang Alhamdullillah,NEY sedaya upaya mendisiplinkan diri bila keluar rumah,mesti pakai stokin dengan armsock. menutup aurat kan(^_^)

-'kami gabungan ideal'-iklan ribena.dia banyak cakap,NEY pun banyak cakap.so ngam lah.dia sengal,NEY mengada-ngada.dia suka nyanyi,NEY suka buat bunyi.yang lain nya,NEY suka nanges,dia tak.jadi dia lah tukang pujuk NEY~
 ish, MENYAMPAH LA BILA DIA?

heee,tak ada lah menyampah,saja ja. semua orang tidak perfect. but semua orang boleh mencuba untuk menjadi yang terbaek. i know he did. Nizam ni kuat cemburu sikit. so NEY nak keluar dengan kawan-kawan laki pon tak boleh.bukan tak boleh,cuma dia suruh NEY bawak kawan. Protective sebenarnye tuh(^_^)takpe2, NEY taw yang NIZAM sayang kat NEY-ahakz,ada unsur mengada di situ~


HARAPAN NEY
,

semoga perSAHABATAN kita berkekalan hingga ke jinjang pelamin(+_+)hee,malu lah~

shhh: post ini related dengan contest yang dianjurkan oleh IZINKAN AKU BERBICARA. kalau nak tahu lebih mendalam ,silalah ke blog beliau.





   

Sunday, May 9, 2010

wahai tuah,marilah dampingi aku~

dengan ini secara rasminya saya......NEY

ingin menyertai kontest cabutan bertuah

anjuran encheq FarhanRazak. mahu tahu lebih lanjut,sila KLIK SINI 

hadiah kalau NEY bertuah~~~~~~ RM 50!!

walaupun NEY memang selalunya tak bertuah (sebab tak pernah la menang kalau ada cabutan bertuah) NEY nak join gak. NEY nak beli baju kurung kat PKNS,aritu usha-usha,tapi takde duet nak beli..huu

wish me luck!




terima kasih daun keladi

pertama sekali, mekaceh yang tak terhingga kepada cik FIKAH kita kerana sudi memberi award ini kepada saya.(ceh,ayat macam dapat trofi kat ABPH je)

BLOG NEY tak INTERESTING? tak tahulah nak komen ape.semua bergantung kepada readers dan followers untuk menilainya. but, tenkiu so much for those who keep my blog living(^_^)


Terms & Conditions for the AWARD.


1. Thank and link the person that gave you the award
2. State 7 things about yourself

maka, 7 menda yang kamu tak tahu pasal NEY:

-NEY takot guruh,petir dan kilat. malam-malam lari tidur bilik adek kalau ade guruh~
-NEY suka nanges. kalau tak nanges at least once a month,da kira pecah rekod tu~
-NEY pernah lompat dari tingkat satu masa zaman sekolah sebab pintu pagar tangga dah kunci.lagipun NEY masuk sekolah secara HARAM time tu~
-NEY tak pandai masak.tapi NEY master teori nak masak.sebab belajar teori je,praktikal nye tak lagi~
-NEY suke baby,but menyampah bila baby melalak kuat2~
-NEY garang cam kucing~
-NEY di panggil 'budak senyum' masa kerja kat rasamas~

dan dengan ini,NEY nak dedicate award ini untuk SEMUA FOLLOWER the humming bird.sila-sila ambil award ini~

Wednesday, May 5, 2010

berchenta dengan bos. YES or NO

ada sapa-sapa kat sini pernah ada scandal dengan bos? eceh,malu nak mengaku plak. kalau bos tu bujang lagi,apa salahnya kan..tapi kalau dah status laki orang tu,jangan cuba-cuba dek oooi,kang naty ada yang usung parang nak serang kita(^_^)

YES untuk kita berchenta dengan bos sebab:

# poket tebal.
name pun bos,kompemlah duet berkepuk-kepuk.keluar makan,shopping,tengok wayang semua dia bayar.uish,masyuk tuh.(materialistik nya) but tipulah kalau korang cakap tak suka bila tak kuar duet sendiri tyme dating. lagi best bila bos tu siap buat line ag,dan dia bayarkan bulan2,semata-mata nak bergayut lama-lama. jimat kos ($ $)

#matang.
selalunya bos ni lebih berusia dari kita kan.kata orang,lelaki yang berusia ni banyak pengalaman.(lagi2 bab ayat manis untuk tackle awek). perempuan,sekeras2 batu,berlekuk juga bila kena air. tiap2 hari dapat mesej bunga2,dapat bunga,dapat choclate,adoii,boleh cair mak ngah. tapi memang ade gurl yang tak layan benda2 ni.ukur baju kat badan sendiri lah ye(~ ~)

#berada di zon selamat.
let say,time tu ekonomi meleset,kena buang pekerja.takkan lah bos nak buang orang yang die suka kan.kalau dia buang pon,maknanya dia nak suh korang jadi suri kat umah die lah tu~ kita buat salah pun die pandang sebelah mata ja.kena marah pun,sekadar nak belagak depan staff lain,konon2nya dia adil,tapi bila balik umah,penuh inbox kita dengan 'im sorry' (- -')

#nobody will dare to touch you.
ni bukan touch yang pegang2 tu.tapi once staff2 tahu yang kita ada relationship dengan bos,secara tak lansung,kita pun kena kipas.takut kalau cari pasal dengan kita,naty sampai dekat bos,free2 je kene kick out.assistant bos pun takut nak marah kita.untung apa tak da orang nak marah.orang laen rehat sejam,kita rehat sampai 2-3 jam(makan+tgk wayang ngn bos) pon xda yang bising(^_^)

but NO seandainya:

#just take for granted.
kita sekadar nak tumpang senang.kikis duet dia cukup2,then lari.kena ingat,bos tu manusia gak,punya hati dan perasaan.kesian lah kat dia,frust menonggeng.

#dia ada niat laen.
bos ni kadang-kadang bukan nya betul.banyak yang buaya dari yang merpati.dia approach kita pun sebab nak penuhi nafsu,bukan ada hasrat nak amek jadi bini pun.senang kata jadi sugar daddy.aish,rosak2

#orang mula memusuhi kita
mulut orang memang tak boleh tutup.berchenta kat tempat kerja ni,sekejap ja da tersebar satu company.then,mula orang cakap belakang.bila ada sesuatu yang berlaku,cam kena marah ke,dan kita tak kena,walaupun kita 101% tak salah,orang masih cakap yang bos tu pilih kaseh.bila semua da jadi musuh,kerja pun dah tak best.tekanan weh..

maka,tepuk dada,tanya iman. ada bos yang baek,tak mencampurkan hal pribadi dan personal,tapi ada bos yang mata keranjang. semua staff canteq2 dia nak sapu.kalau yang jenis tu,baek lari cepat.kang termasuk jerat,susah nak keluar.

shhh: cakap based on experience,seronok sebenarnya kalau ada scandal dengan bos.banyak advantage~




Monday, May 3, 2010

perubahan sejajar dengan usia?



firstly, i'm back!! since i resign from rasamas on 30 april aritu,sekarang banyak lah sangat masa nak berblogging ni~

epy besday to me too! i da masuk umur 20-an since 26 of april. cam tak caya je umur da 20. my besday this year, havoc tol. coz 2 guys serentak nak celebrate besday together. for sure i pilih my NIZAM~ and the other guy??merajuk dengan i la..tu lah cik NEY,maen api ag..huuu

tenkiu to enchek NIZAM yang berusaha menyambut besday to be the memorable one! i tak pernah dapat adiah secanteq ni. tenkiu soooo much!


my dad say: umur dah berapa?20?dah boleh kawen lah tuh.

adoi abah,cakap cemtu,but almost everyday dia dok cakap yang jangan nak menggatai,belajar dulu.

shhhh:kadang-kadang,rasa cam i ni budak kecik lagi..tak boleh nak independence , buat apa-apa tak fikir masak-masak. haish,bilelah nak jadi matang ni....