Wednesday, June 30, 2010

susah ke nak jadi baik?


note: agak cube jadi baik dalam entry ni,maaf bagi yang terasa.NEY pun terasa juga~hee
sumber: versus,Hlovate
Ada tak orang nak mengaku yang dia jahat? Or dengan yakin dia cakap dia baik?
cemana ea nak jadi baik? Apa yang kita kena buat,then kita entitle sebagai seorang yang baik?
Baik tu : beriman kepada Allah.
 Kalau buat semua Rukun Iman,alah benda yang percaya2 tu,ek ada 5 ke 6 ea,lupe tu kira dah beriman la kan? So kita ni baik lah.
Then, check this out:
Beriman kepada Allah tu,kita buat semua yang Allah suruh,kita tinggalkan semua yang Allah tak suka.kalau kita dah buat 2 benda ni,baru lah kita ni di consider baik.
aish,kalau macam ni kita belom baik lah kan...
NEY sendiri pun rasanya belum layak untuk mengaku yang NEY baik,sebab walaupun NEY dah solat tak pernah tinggal,NEY tutup aurat Insyaallah seperti yang disyariatkan,but NEY akui dalam bab muamalat dan ikhtilat,NEY masih kurang. name je budak sekolah agama
‘masuk lah kedalam Islam secara keseluruhannya’(2:208)
Maknanya,kalau nak jadi orang Islam yang total,kena buat semua yang Islam dah tetapkan lah kan~
Islam bukan diukur dengan solat sahaja.yes,solat itu tiang agama.tapi Islam itu sebagai ad-deen,means cara hidup kita.
 boleh lah pulak cemnikan,tak patut2~
Kalau dah solat cukup 5 waktu,tapi tak pakai tudung,tak cukup baik lagi lah tu. Kalau pakai tudung,tapi solat entah kemana,tak cukup baik jugak. Kalau solat,pakai tudung,tapi pakai short sleeve,tak pun baju ketat,jarang Nampak tali bra,pun masih tak cukup baik. dah elok2 solat,tutup aurat,tapi masih bertepuk tampar dengan different gender pun kita tak dapat lagi batch baik tu.
Tak boleh ambil mana2 yang kita nak. Kalau dah solat,kena tutup aurat. Kalau dah tutup aurat secara sempurna,kena jaga pula pergaulan antara different gender.
Tak mudah untuk jadi baik. tapi ingat,Allah tengok usaha,bukan natijah.
Masalah kat Malaysia ni,benda2 seperti pakai seksi meksi,peluk2 depan orang ramai macam dikira ‘in’. sebab tu kita tak rasa benda tu salah. Pakai tudung pun sebab ikut fashion bukan sebab kewajipan. That’s why la pakai tudung tapi masih Nampak batang leher and dada. Sedangkan Allah dah cakap suruh labuhkan tudung tutup dada. Bukan susah pun,dada ja,bukan suruh sampai lutut pun tudung tu,tapi bab tu pun kita masih fail kan.
 gambar hiasan,tapi ada makna~
isu kena jadi ustaz/ustazah dulu ke baru boleh tegur orang memang tak patut wujud. sebab kita memang kena sentiasa menegur ke arah kebaikan,kalau tak kita masuk dalam golongan yang rugi. 
tapi kena ingat lah,orang yang ditegur,kena melihat apa yang ditegur,bukan siapa yang menegur. kita ni habit nye tak boleh terima teguran,especially bila kita rasa yang kita lebih baik dari orang tu.
dan orang yang menegur pula bertanggungjawab atas apa yang ditegur.  Allah murka dekat orang yang hanya berkata,tapi tak melakukan.(surah saf,cuba buka tafsir) jadi kalau yang menegur pun buat sama,double nati dia dapat dekat sana.
'takda orang yang perfect sebab kita di beri peluang untuk berubah. dan setiap  perubahan itu membawa kita ke arah lebih baik,insyaAllah'
dan tiada siapa yang terlambat untuk berubah melainkan bila dah nak mati.
'changing for good isn't a crime'
shh: NEY nak jadi baik sebab NEY nak dapat suami yang baik,nanty boleh sama2 masuk syurga,itu kan janji Allah~

Tuesday, June 29, 2010

ditag, follower ke 333 dan terima kasih

sedar tak sedar,follower The Humming BIrd dah cecah 3++. terima kasih semua~ sebab no 333 ni cantik,so mari kita terjah blog cik Shiyda Aqma a.k.a my 333th follower:
 

yang keduanya,terima kasih juga kepada blogger-blogger yang support NEY,kata-kata semangat korang amat dihargai (: bukan senang kan nak terima muda2 dah ada banyak penyakit. arigatou!
lastly,NEY kena tag dengan cik AESYA dan encek WADUD :

20 THINGS ABOUT ME :)

1) name ney yang sebenar shahieda. so boleh panggil shieda instead ney.

2) ney anak sulung dari 4,tidur bilik sorang

3) sangat manja dan mudah tersentap

4) ney selalu sakit.kurang antibody kot

5) sangat suka makan tomyam dengan laksa,tapi terpaksa tahan nafsu sejak dapat renal stone ni.

6) ney kaki tidur. boleh tidur up to 18 hours..hee

7) tak pandai main satu sport pun. tapi tak tahulah kalau ada bakat terendam,sebab tak pernah cuba main.

8) ney boleh menanges tanpa sebab. tengok orang nanges,ney pun nanges sekali

9) alah dengan habuk and bulu kucing. nanti asyik aaauuuuchuum tak henti-henti

10) ney always fight untuk dapatkan hajat ney. sselagi tak dapat,macam rasa diri dah kalah. i'm not a loser.

11) ney penakut sikit la,tapi bila dalam kelompok tu semua penakot,ney tetiba jadi berani.

12) selalu ada masalah kecelaruan identiti.haha. sebab kadang2 baik macam ustazah,kadang2 emmm....

13) suka peluk orang and suka dipeluk. bagi ney,peluk itu tanda sayang.sampai la ni ney masih berkepit,tidur sama2 and pelok abah dengan mama.

14) jarang potong kuku sendiri sebab my dad yang akan potongkan every jumaat.

15) ney masih tak boleh jadi isteri orang sebab ney tak pandai masak lagi.ney hafal teori/resepi,tapi tak pernah buat practical.

16) jangan paksa2 ney,nanti ney jadi sangat keras.ney tak suka orang yang tak faham bahasa.

17) ney jarang kawan dengan lelaki,sebab lelaki yang kawan dengan ney suka perasan ney suka kat dia. rimas lah.

18) ney suka kumpul kasut. tapi ney tak suka pakai heels

19) blogging jadi part of my life,tapi rasa tension sangat bila takda idea nak buat entry baru.

20) ney teringin sangat jadi wanita solehah yang sebenar. tapi bukan mudah...

tag 5 people:


 




shhh: kalau dah pernah dapat,abaikan ya~selamat menjawab tag dengan exklas nye(: hehehehe




Thursday, June 24, 2010

bahana malas minum air dan suka makan asam


amaran: ini entry emo dan penggunaan bahasa rojak dan english yang entah apa apa.

boleh tak nak menjerit???

kenapakah?  tetiba rasa down! down! down! (jangan ada yang gatai pergi nyanyi lagu down tu)

ni nak habaq mai, sebagai pesakit,kita takda hak ke nak tanya and tahu apa sakit kita???

ada kan kan kan??? so kenapa tadi doktor tu tak nak bagitahu apa sakit sebenar NEY? kenapa? sakit NEY teruk sangat sampai tak boleh nak diubati ke? sampai doktor tu tak sampai hati nak bagitahu,'dik,awak ni akan mati ni'

huuuu,cool down...chillex okay..

sebenarnya NEY pergi hospital tadi,ada appointment berkenaan kidney@ginjal@renal@buah pinggang NEY.  so sampai2 kena buat x-ray,sebab nak cek ada renal stone@batu karang atau tak..

thenn..... taraaaaaa!!!! memang ada and sangat besar!!
(sory,tak boleh nak snap pic x-ray tu,confidential katanya)
(yang ade cam biji bulat kat ureter tula stone.lebih kurang macam ni lah my x-ray fil tadi)

masa tu,in that room ada 3 docs,yang jadi my panel,doktor pakar, chinese. NEY tanya lah,so macam mana,memang ada batu ke? doc tu pun jawablah,ada and besar punya batu (^_^) .masa tu NEY rasa ok ja,hal kecik kowt,coz my mum kata batu karang ni senang nak cure.

lepas tu,doc tu bawa my x-ray film pergi jalan2,dia nak referkan and ask opinion kat doc pakar laen kowt. bila dia balik, doc cina tu cakap dengan other doctors dalam bilik tu,dia speaking,use full of medical terminology. dia ingat NEY tak faham ke.. but NEY wat2 tak dengar. dia cakap lebih kurang mcam ni lah(dia cakap omputeh,NEY dah translate):

' aku tanya 4 orang,semua bagi laen2 jawapan. 1,dr xxx said the last right ribcage is missing. 2. dr. yyy said she has oesteogenesis imperfecta. 3 doc said bladder artifact. and the last one, here's the hell.(tunjuk kat batu tadi)'

oh my god!! banyak nya penyakit NEY. rilex lagi. yang NEY bengang,that doc tak nak cakap dengan NEY wats the real problem i got,but sibuk borak or maybe for him discuss about my illness. and dia ada tulis something atas kad laporan tu,NEY tak berapa nak faham shortform  yang dia guna.
(jangan jadi doctors yang sebuk berlagak dengan lab coat and stethoscope kesana kemari,takda faedahnya kalau patient tanya pun tak nak jawab )

doc cina tu tanya umur NEY,bila NEY cakap 20,then dia cakap kat doc yang depan dia,' see, budak umur 20 dah dapat hematuria.' oh no,satu lagi penyakit NEY ada.

lepas tu dia cakap la,okey,we'll see on next appointment. NEY bagitahu lah NEY dah nak masuk Kuantan early July ini. sambung study. dia boleh cakap macam ni:

'you belajar2 pun kalau ginjal you dah rosak,nak buat apa? ginjal you dah terok. kalau you pergi belajar,ginjal you tak elok,then ada sapa2 nak bagi you new ginjal?' 

gedebuk! satu lagi beban rase ada atas bahu..NEY,dengar tu ginjal you dah ROSAK. means kalau talau tak dapat di cure, kena buang la ginjal tu.........(T T)
(beza kidney elok dengan tak. mine macam yang belah kanan ke? eeeeyy,nauzubillah)

masa tu rasa macam hilang keseronokan nak masuk U sebab fikir kena ulang alik dari pahang ke selangor for further treatment. doc tu kata kuantan hospital lack of specialist,kalau refer kes NEY kat sana pon,basically,dorang akan antar kat HKL. sebab your case dah teruk.

here's the statement : YOUR CASE DAH TERUK.

dalam hati dah menyumpah2,sebab sebelum2 ni,dah beberapa kali NEY buat blood test,urinary test,but semua test negative on renal stone and whatsoever.bila datang hospital pukul 3-4 pagi cakap my back sakit,docs asek2 cakap pms(NEY yang sakit,NEy taw la PMS ke tak).Now,doc simply says my case dah teruk...

but yang geramnya,kenapa doc tu tak nak bagitahu apa sebenarnya sakit NEY. just list out my dear doc, fullstop. NEY eavesdropping all the conversation to let me,my self know what actually the problem i have. hey doc,NEY bukanlah bodoh sangat,takut apa?takut apa yang doc terangkan NEY tak faham? so buang air liur doc je cerita. doc,NEY belajar stream pure science,NEY buat foundation pun science kesihatan . yes,im pursuing in radiolgy, maybe for some, that course cikai ja,yelah,bukan amek medical. NEY boleh kalau nak ambil medical,result NEY pun meluluskan NEY untuk ambil medical. tapi NEY tak nak. noktah.

NEY not that idiot la tak faham all the terminology. maybe im not well informed about them,but internet kan ada. and bila NEY search all the term, lagi la NEY rasa takut nak menerima yang NEY sememangnya ada all the symptoms..

maybe ni la redeem for all mistake that I've done and kemalasan NEY nak minum air serta dibantai hobi makan asam dan jeruk.oh lagi satu,tomyam pon penyebab utama and kalau korang nak tahu,NEY kat hostel everyday tomyam.. serve you right NUR SHAHIEDA( round of applause please,thanks)

shhh: ma,ba,sorry along susahkan maba lagi... kalau korang tak faham terminology tu,bagitahu,naty NEY explain~

Wednesday, June 23, 2010

award dari cik izyan

NEY dapat award lagi (:

 1. Anda mesti beri pujian padaa pemberi award ni
mekaceh tak terhingga to CIK IZYAN sebab sudi bagi NEY award ni(: NEY suka pergi  kat blog dia sebab tuan blog dia canteq (:
 curi gambar cik izyan jap ea~

2. Sila beri award kpd 10 blogger yg laen..
my cayang

3. Anda mesti memberitahu kpd 10 blogger ni
langsai sudah~

4. Bagaimana anda boleh digelar blog yg best n great
tak tahulah,tanya la my readers nape dia bace blog NEY yang banyak mengarut ni.. 



shhh:apesal blog ney cam mengong je ni,setting laen,publish jd laen...heeeee,bengang tol!




Monday, June 21, 2010

suci dalam debu


eewaah cik NEY, menyanyi bagai,sedar-sedar la suara tu dah macam katak kuang. (:

ni bukan NEY nak bercerita pasal lagu suci dalam debu iklim yang Saleem nyanyi tu, tapi NEY nak tulis balik pe yang NEY dengar kat kuliah magrib. lebih kurang macam ni la ustaz tu cakap:

Islam tu jelas,kalau kau suci,kau suci lah, kalau kau berdebu,kau berdebu lah

takda nya Muslim tu masuk dalam kategori suci dalam debu.

ustaz pun bagi contoh supaya jemaah surau faham apa yang dia cuba maksudkan tu:

1)
polan: ustaz,saya ni nak kata baik tak da lah sangat.tapi solat saya tak pernah tinggal la. sepanjang masa pakai jeans,baju melayu tyme raya je saya sentuh. kadang-kadang,saya rasa macam nak ikut kawan-kawan saya pergi clubbing. saya ni dikira suci dalam debu ka ustaz?

ustaz: kamu solat pakai jeans tu kamu yakin ke jeans kamu bersih?

polan: yakin ustaz,saya kencing duduk,susah nak kena percikan2 air saya rasa.

ustaz: kamu rasa nak pergi clubbing,kamu masuk tak tempat tu?

polan: tak ustaz,saya dah berdiri depan pintu,tapi saya tak jadi masuk.

ustaz: maksudnya,kamu suci lah tu.

2)
polanah: ustaz,jangan cakap sembarangan,walaupun saya seksi2 macam ni,pakai baju semua nak jimat kaen,solat saya tak pernah tinggal ustaz. saya ni macam suci dalam debu.

ustaz: kau tu berdebu! sebab solat kau tak mampu nak menghalang dari melakukan perkara yang dilarang dalam Islam.

agak-agaknya,kita ni suci ke berdebu?? fikir la sendiri ^^

shhh: bila la nak vacuum debu2 kat NEY tu,haish...

Friday, June 18, 2010

realiti dunia blogging


1-      Kau datang blog aku,aku datang blog kau
Kebanyakkan daripada kita ni,kalau orang datang blog kita,then baru kita datang blog diorang, tak pon,kita dah datang blog diorang,kita kompem nak diorang datang balik blog kita. Penat2 kan kita upkn traffic dia,dia pulak kemot traffic..hanya segelintir ja yang akan berterusan datang blog orang tu walaupun empunya blog tak pernah pon singgah blog kita. Biasanya,orang kata kalau blogger otai,dia malas datang blog2 baru@picisan ni? Betol ke? tak semua kan~think positive~

2-      I follow you, you MUST follow I
Memang ramai blogger guna konsep ni untuk dapat follower yang ramai. Datang blog orang,follow,tinggal kat shoutbox ‘I da follow u,u follow I balik ea’. Tak salah pon NEY rasa cara tu,NEY pun masa awal2 dulu buat macam tu. Tapi kan yang tak syoknya,itu la pertama dan terakhir datang blog kita. Bila dah banyak ratusan,ribuan follower,boleh pulak dia pergi kat dashboard untuk stop following blog orang laen. Emm,tak pelah,hak dia~

3-      Kau komen entry aku,aku tak tentu komen entry kau balik
Seronok kan kalau setiap entry kita dapat komen banyak2. Rasa lah yang apa yang kita tulis tu, takdala sekadar syok sendiri. Kadang2 kita komen sebab nak dia komen kita balik. NEY dulu kalau boleh memang setiap orang yang komen entry NEY,NEY try untuk komen entry dia balik,tapi sejak kekangan masa ni,NEY buat yang mana sempat je.maaf ye,NEY komen laen kali taw~ but logic jugak,kalau dapat komen sampai puluh2,then kita nak attend balik,komen semua entry diorang,mungkin tak termampu,mungkin sebab tulah blogger2 femes tak selalu komen entry kita walaupun kita selalu  tak pernah miss komen diorang~

4-      Blogwalking memang hanya sekadar ‘walking’
Ada yang nak kejar traffic, sempat ke nak datang 20-50,mungkin sampai 100 blog satu hari, baca satu2,siap komen, baru tulis kat shoutbox yang kita dah datang blog diorang. Huhu,berpeloh basah ketiak lah kalau macam tu. Majority datang teros tulis kat shoutbox ‘klik2’ dan sewaktu dengan nya and blah. Hhmmm,macam mana tu..itulah bezanya blogwalkers dengan blogreaders. Tapi papepon,kena berterima kasih jugak dengan blogwalkers ni sebab tanpa mereka,takdela traffic kan~

Shhh:     kita ada reason masing2 why we start and keep our passion in blogging, and we have our own style,so kita kena hormat la kan.their blog is their perspective and so do us right.~ peace no war~

Friday, June 11, 2010

alasan bernas jika tertidur di dalam kelas,kuliah atau pejabat


biasala kan kalau tertidur time kerja ke,dengar lecture ke. so, alasan2 stereotype tapi boleh diguna pakai untuk menyelamatkan diri daripada dibuang kerja @ dihalau keluar kelas @ mendapat surat warning :

 # 'uhuk uhuk, cekgu, malam tadi saya makan ubat batuk, dos dia tinggi sangat kot. kesan ubat batuk ni tak hilang lagi la cekgu'

# 'mana ada saya tidur bos, saya pejam mata nak fikirkan jalan penyelesaian tentang masalah yang dihadapi syarikat kita ini.pejam mata baru dapat idea'

# 'cekgu,tadi kan, nurse dekat bilik kesihatan tadi kan, dia cakap kan, perkara macam ini memang berlaku dekat orang yang baru lepas mendermakan darahnya(: '

# 'kopi kat dapur company ni dah abes la bos'

# 'saya belajar kan cekgu, lepas belajar, kita kena pejam mata 30 minit supaya apa yang kita belajar tu teros melekat kat dalam ingatan'

# ''wooooooi,sapa pedajal aku ni huh?  baek korang ngaku sapa yang letak ubat tidur dalam air aku??'

# 'ssshhhh,jangan kacau la,saya tengah bermeditasi ni nak menghilangkan stress'

# 'bos ni,semalam sapa yang suruh saya stayback untuk siapkan proposal,lagi mau tanya ke...'

# 'ehem,almaklumlah,pengantin baru...(tersipu2)^ ^

sshhh: buat sekali sekala takpe~

Monday, June 7, 2010

jom jadi cantek sama-sama 2

kali ni jom cantek macam LISA SURIHANI pulak~ 
kalau hari tu NEY bagi tips untuk wajah ,sekarang untuk:

Part 2 - rambut 

*cuci rambut dengan betul; jom~  

-Sikat dulu rambut yang kusut sebelum syampoo

-Basuh rambut dengan air suam,bukan air panas taw, kutikel rambut terbuka dan bersihkan rambut daripada minyak
-Syampoo pada bahagian kulit kepala,bukan batang rambut
-Cuci dan sympoo rambut 2x ,first untuk hilangkan kotoran, yang kedua untuk memberi nutrient pada rambut
-Basuhan yang terakhir guna air sejuk,nanti kutikel rambut akan tutup kembali dan rambut jadi lebih berkilau

*Keringkan rambut perlahan2,jangan tarik atau gosok sebab rambut yang basah sangat sensitif~

*balut  rambut guna tuala,bila rasa dah takda air menitik baru bukak,cara ni lebih bagus untuk keringkan rambut

* guna sikat yang bergigi jarang untuk sikat rambut basah sebab rambut basah mudah putus
*Untuk kesan lebih glamor, blow hujung rambut untuk lebih bervolume

*Blow dry lebih baek dari meluruskan rambut dengan bahan kimia.
*Kalau nak warnakan rambut,pilih colour yang senada dengan warna bola mata dan kulit dan bertepatan dengan keperibadian anda(ooops,NEY bukan bagi galakkan taw^^) 

* Lelaki pon kena jaga rambut dan kulit kepala,sebab rambut lelaki lebih mudah untuk ade KELEMUMUR~

 style rambut korea-japan hot tak? NEY suka Nakatsu~

mesti cuba masker rambut :

2 sudu madu+3 sudu minyak zaitun-gaul2 sampai rata-usap ke rambut-urut2 ckit-sikat-tutup rambut guna shower cap-biarkan 15 minit-bilas (:
 
 : selamat mencuba :



   shhh:jgn gne syampoo campur2 xelok tok ksihatan anda..hee
 


Thursday, June 3, 2010

kelebihan hidup susah


Siapa lah nak hidup susah kan,tapi kalau dah takdir kita ini hidup susah,kena lah terima jugak. Tapi jangan lah dok peluk tubuh je, kita masih kena berusaha untuk mengubah nasib jadi lebih senang, jangan hanya berserah pada takdir ye tak?~

Tapi untung jugak jadi orang susah ni. Ape ke’best’an hidup susah?


  •       Hubungan kekeluargaan rapat dan mesra. Anak pun ramai,rumah kecik,semua berkumpul kat tengah rumah. Memang best bila makan ramai2,tidur ramai2,mandi? Erkk~
  •       Kalau bab makan pasti tak cerewet. Makan nasi berlaukkan ikan masin berkuah kan air kosong pun selera,licin lah pinggan tu.sebutir nasi pun takda. Yolah, sebutir nasi kan ibarat setitik peluh petani~
  •        Orang susah ini kalau nak tidur cukup senang. Beralaskan tikar mengkuang,berbantalkan lengan pun boleh lena.nyamuk hurung pun tak sedar. Siap berdengkur lagi tuuu~
  • Tanah yang sekangkang kera tu kompem dimanfaatkan sehabis-habisan. Penuh keliling rumah dengan pelbagai jenis sayur. Jimat kan,tak payah nak beli kat pasar~
  •        Kalau rumah ditinggalkan tak bertutup dan berkunci pun tak risau sebab takda sape pun yang sudi nak ceroboh~
  •        Yang masyuk nye, dorang ni selalu mendapat perhatian masyarakat~ untung-untung dapat masuk TV3^^


:hiburan semata-mata ye~:
 shhhh: Allah takkan membebankan manusia lebih daripada apa yang mampu kita tanggung,dan Allah juga takkan mengubah nasib manusia selain kita sendiri yang mengubahnya~

Tuesday, June 1, 2010

thank you (:

thank you for all my followers, my visitors, my commentators, for always keep supporting THE HUMMING BIRD.

muuuaaahhxx!~

shhh: NEY sangat menghargai kamu semua^^